Empangan mini yang dibina oleh pihak MyFundAction Perak untuk penduduk di sini telah hampir siap sepenuhnya

GERIK, 17 Februari – Ketiadaan sumber air bersih bagi penduduk Kampung Sungai Rengat di sini berakhir apabila Yayasan Kebajikan Muslim (MyFundAction) membina sebuah empangan mini dan tangki air percuma.

Empangan mini yang dibina oleh pihak MyFundAction Perak untuk penduduk di sini telah hampir siap sepenuhnya

NGO pembangunan belia itu bertindak sedemikian selepas mendengar keluhan dari penduduk kampung terbabit yang majoritinya adalah asnaf terpaksa menggunakan air yang berkeladak untuk segala kegunaan harian termasuklah mandi, berwuduk, makan dan minum.

Ketua Projek Bekalan Air Bersih, Norazian Mat Isa berkata, “akibat dari penggunaan air yang tidak bersih, ramai kanak-kanak mengalami cirit-birit, sakit perut dan ada juga yang dimasukkan ke hospital.

Norazian berlatar belakangkan tangki yang dihadiahkan buat penduduk setempat di sini.

“Selain daripada itu, apa yang lebih menyayat hati adalah proses mandi jenazah juga terpaksa menggunakan air sungai keruh yang telah dibiarkan keladaknya mendap berhari-hari sebelum ditapis untuk digunakan.

Sumber air penduduk Kampung Sungai Rengat sebelum ini

“Namun, demi keberlangsungan hidup penduduk di sini terpaksa menggunakan juga sumber air tersebut.

“Alhamdulillah kini projek pembinaan empangan mini dan tangki air sudah mencapai fasa terakhir pembinaannya hasil sokongan masyarakat.

Kerja-kerja ‘menarik air’ dari sungai berdekatan ke kawasan penempatan komuniti.

“Projek ini dijangka siap sepenuhnya pada hujung bulan ini dan boleh digunakan kepada semua penduduk, tambah beliau yang juga merupakan Pegawai Perhubungan Awam MyFundAction cawangan Perak.

Rakyat Malaysia yang ingin mendapatkan info terkini berkenaan projek ini boleh terus hubungi MyFundAction Perak ditalian +6011-56658169.

 

Similar Posts