Rasanya ramai yang dah tahu apa yang dah terjadi di Syria. Tapi untuk yang masih lagi samar-samar, di Syria telah terjadi satu konflik peperangan saudara.

Lebih sedekad peperangan ini berlaku dan nampak seperti tiada penghujungnya. Jadi, siapakah yang menjadi mangsa di tengah-tengah konflik ini?sudah semestinya rakyat Syria itu sendiri.

Bilangan rakyat Syria yang terkesan bukannya sedikit tetapi sudah mencecah sehingga 75% daripada populasi keseluruhan Syria.

Rakyat Syria terpaksa menjadi pelarian di negara sendiri dan sangat memerlukan bantuan kemanusiaan. Samada kita sedar atau tidak, itulah yang sebenarnya telah berlaku.

Kini, rakyat Syria hidup dalam paras kemiskinan yang melampau. Tiada bekalan makanan, tiada pekerjaan, tiada kemudahan asas, dan tiada kemudahan perkhidmatan serta kesihatan.

Ditambah pula, dengan harga barang yang makin melambung-lambung naik, mata wang negara Syria jatuh, macam mana mereka ingin dapatkan makanan untuk terus hidup?

Lihat artikel berkaitan: Musim Sejuk Syria: ‘Realiti Sebenar Keadaan Pelarian’

Lagi pula, rumah yang mereka anggap ‘syurga’ telah dibom dan dimusnahkan. Mereka kehilangan tempat tinggal dan terpaksa berteduh di dalam khemah.

Jutaan kanak-kanak di sana terus menderita akibat kesan daripada koflikBanyak keluarga terpaksa berjuang untuk kelangsungan hidup mereka.

Disaat kita berasa aman hidup di Malaysia, mereka di Syria berjuang setiap hari untuk kelangsungan hidup mereka dan keluarga tersayang.

“Mana bantuan kami!”

Di manakah kita saat mereka memerlukan bantuan?

Alhamdulillah, berkat sokongan daripada jiwa-jiwa baik rakyat Malaysia, bantuan kepada saudara-saudara di Syria dapat disampaikan.

MyFundAction sehingga ke hari ini telah berjaya menyampaikan pelbagai jenis bantuan kepada pelarian Syria di sana. Antaranya adalah:

  • Membina rumah baru bermodelkan ‘Briquette House’
  • Projek pembinaan kilang roti di Idlib
  • bantuan misi kemanusiaan musim sejuk
  • ‘Food Basket’ yang mengandungi barang-barang asas keperluan

Bantuan-bantuan seperti semua ini mungkin tidak dapat menyelesaikan konflik yang mereka hadapi tapi sekurang-kurangnya ia dapat mengurangkan beban yang mereka tanggung.

Sanggup ke kita tengok saudara seIslam dengan kita hidup menderita? Sedangkan dalam Islam sendiri sudah menekankan untuk bantu sesiapa yang dalam kesusahan dan juga mengasihi sesama saudara.

Sabda Rasulullah SAW dalam hadisnya; Maksudnya: “Daripada Abu Hamzah Anas ibn Malik RA, khadam Rasulullah SAW, daripada Nabi SAW, Baginda bersabda: “Seseorang kamu tidak benar-benar beriman sehingga dia mengasihi saudaranya sebagaimana dia mengasihi dirinya sendiri.” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Dan insyaAllah tahun ini, MyFundAction berhasrat untuk menghantar wakil kami ke Syria bagi menjalankan misi bantuan syria musim sejuk kali ke 4.

Semoga misi kemanusiaan kali ini, kami dapat menyampaikan lebih banyak bantuan Syria dan pada masa yang sama mengukir senyuman kegembiraan di wajah saudara seIslam dengan kita.

Tapi semua ini tak akan dapat direalisasikan tanpa sokongan daripada anda rakyat Malaysia yang berjiwa baik. Teruskan menyokong usaha kami ini.

Untuk yang ingin turut serta dalam bantuan Syria ini boleh KLIK disini.

Ikuti perkembangan kami di Instagram kami: MyFundAction

Similar Posts