Ongoing

Tabung Alatan Perubatan Adam Thaqif

Health Accessibility Campaign

Usus Besar Terpaksa Dibuang, 2 Tahun Bergantung Pada Beg Stoma

PERLUKAN 14 TIN SUSU SEBULAN,
MINUM SUSU MENGGUNAKAN MESIN

Kuatnya adik ini, baru berusia 2 tahun telah menjalani 6 pembedahan.

 

Dilahirkan normal namun selepas 3 hari kelahiran, semuanya berubah. Adam Thaqif menderita masalah usus tahap kronik yang membuatkannya tidak dapat membuang air besar secara normal.

 

Dalam tempoh 2 tahun, Adik Adam telah menjalani pembedahan tebuk perut untuk memasang beg stoma, buang usus dan buang ketumbuhan di tubuhnya. Bermacam dugaan dihadapi, tidak terbayang peritnya menahan sakit.

Pilu melihat keadaan Adik Adam, semua usus besarnya terpaksa dibuang. Hidup berbaki usus sepanjang 75cm sahaja.

 

Kini bergantung pada mesin Total Parenteral Nutrisi (TPN) seumur hidup dan minum susu melalui tiub di perut. Dalam tempoh sebulan, Adik Adam perlu minum lebih kurang 14 tin susu untuk memenuhi nutrisi dalam tubuhnya namun harga 1 tin susu tersebut berharga mencecah lebih RM200.

 

Bayangkan dalam tempoh sebulan sahaja, berapa ribu ringgit perlu dibelanjakan?

 

Keperluan Adik Adam sangat mahal, belum termasuk kos perbelanjaan ulang alik ke hospital. Segala perbelanjaan ditanggung sendiri oleh ayahnya yang hanya kerja sebagai juruteknik. Ibunya berhenti kerja demi menjaga adik Adam di hospital.

Adik Adam adalah satu-satunya cahaya mata mereka, besar harapan mereka untuk melihat Adik Adam membesar dengan sihat.

 

Ayuh bersama biayai keperluan pesakit-pesakit yang kurang berkemampuan seperti keluarga adik Adam. Semoga usaha ini dapat menguatkan semangat adik Adam untuk terus melawan penyakitnya.

 

TIADA HARTA MAMPU BELI SATU NYAWA!

 


Nama:
Muhammad Adam Thaqif B Mohamad Arshad
Umur: 2 Tahun
Nama Penyakit:
1) Hirschsprung’s Disease
2) Bowel Malabsorption
3) Adrenal Ganglioneuroblastoma

KEPERLUAN RM22,400

1) Mesin oksigen (oxygen concentrator)

2) Susu jenama Comidagen Plus x 84tin

3) Lampin pakai buang

 

 

Disclaimer:

MyHeart dan MyFundAction menceritakan kisah Adam Thaqif bagi menjayakan Tabung Alatan Perubatan buat pesakit-pesakit sepertinya. Hasil kutipan tersebut akan diberikan mengikut keperluan Adam Thaqif dan lebihan akan diberikan kepada pesakit lain yang memerlukan. Boleh ikuti perkembangan pesakit di Facebook @MyHeartVolunteers

Let's be part of us in this project

May Allah S.W.T rewards you [with] goodness. Support by sharing this campaign with others:
THE STORY OF US

We exist to create a better world by touching many hearts one at a time.

MyFundAction is a non-profit organization runs by Youth that embraces love and passion through volunteerism and entrepreneurship.

SH-G-26, Pangsapuri Perkhidmatan Knox Wawasan, Jalan Sungai Burung 32/68, Seksyen 32, Bukit Rimau, 40460 Shah Alam, Selangor, Malaysia.
© All Rights Reserved 2021 · MyFundAction · Reg No : PPM-006-14-07052014

Support Medical Equipment Campaign Now

May Allah S.W.T rewards you [with] goodness.
(PPM-006-14-07052014)