Assalamualaikum semua! ?
Julai lepas, Alhamdulillah kami berpeluang ke Bumi Guinea, Afrika untuk saksikan sendiri kehidupan anak-anak dan masyarakat di sana, terutama yang tinggal di pedalaman dan hidup susah tanpa kemudahan asas seperti bekalan air bersih.
Kami sempat melawat beberapa buah madrasah. Serba-serbi tak cukup. Hanya ada papan hitam dan kapur, kerusi dan meja kayu. Bayangkan, anak-anak kecil belajar dalam keadaan panas tanpa kipas. Naskhah Al-Quran juga terpaksa dikongsi, bahkan ada yang masih gunakan kayu untuk menghafal Kalamullah.
Ramai yang tak ke sekolah. Bila ditanya, mereka jawab “Kami tak ada harapan dan masa depan. Yuran sekolah mahal, lagipun kemudahan asas sahaja sangat payah untuk kami dapatkan. Lebih baik tolong mak ayah untuk cari duit.”
Tuan puan yang budiman, ayuh sama-sama membina harapan yang lebih cerah buat mereka di sana, terutama buat anak-anak yang perlukan pendidikan.
“Barangsiapa yang mempermudah urusan mereka yang kesusahan, maka Allah akan mempermudahkan urusannya di dunia dan di akhirat.” (HR Muslim)
We exist to create a better world by touching many hearts one at a time. MyFundAction is a non-profit organization runs by Youth that embraces love and passion through volunteerism and entrepreneurship.
SH-G-26, Pangsapuri Perkhidmatan Knox Wawasan, Jalan Sungai Burung 32/68, Seksyen 32, Bukit Rimau, 40460 Shah Alam, Selangor, Malaysia.