Ongoing

Tabung Alat Perubatan: Takdir Shahrul Hanya Terlantar

Health Accessibility Campaign

Bantu Shahrul Bangun Semula

KONVOI SEKUMPULAN REMAJA BERTUKAR TRAGEDI, SHAHRUL LUMPUH

Hasrat Shahrul Aiman, 19 dan kawan-kawannya datang bercuti ke Terengganu dari Kelantan dengan berkonvoi motosikal tidak kesampaian apabila Shahrul mengalami kemalangan tahun lepas.

Dalam kejadian itu, Shahrul yang menunggang motosikal dikatakan terbabas dan dibawa terus ke Hospital Sultanah Nur Zahirah, Terengganu.

 

“Saya terkejut sangat bila tiba-tiba polis telefon beritahu yang Shahrul kemalangan. Saya macam tak percaya. Memang saya terduduk waktu tu,” luah Mahiran, ibu Shahrul.

 

TAKDIR SHAHRUL, KINI HANYA MAMPU TERLANTAR

 

Difahamkan, doktor ada menghubungi ahli keluarga Shahrul untuk tanda tangan surat kebenaran pembedahan di kepala bagi mengeluarkan darah beku.

Shahrul kini hanya mampu terlantar di atas katil dan minum susu khas menerusi tekak yang ditebuk lima kali sehari.

Bapanya, Mohamed Hasan, 41, memberitahu dia tidak mampu untuk menanggung keperluan RM11,400 anaknya kerana terbatas untuk pergi keluar kerja kerana perlu membantu isterinya, Mahiran menjaga Shahrul seperti ke hospital dan lain-lain.

 

“Hati mak mana yang tak sedih bila tengok anak sakit macam tu. Kalau sakit tu boleh berpindah ke saya, biarlah saya yang tanggung. Tak sanggup tengok dia sakit macam ni.”

 

JOM KONGSI REZEKI !

 

“Banyak yang saya nak fikir. Kos rawatan dia, kos keperluan dia. Sejujurnya saya buntu,’ bergenang air mata Mohamed, bapa Shahrul.

 

Keadaan sukar ini akan menjadi ringan dengan sokongan daripada kita semua. Myheart dengan kerjasama MyFundAction membuka tabung untuk membiayai keperluan pesakit-pesakit yang kurang berkemampuan seperti keluarga Shahrul.

Bantu kami penuhi kos keperluan kesihatannya. Hasil kebersamaan yang anda kongsikan dapat memberi kekuatan kepada ibu bapanya melihat anak mereka kembali sihat.

 

TABUNG MYHEART RM500
TABUNG MYHEART RM200
TABUNG MYHEART RM100
TABUNG MYHEART RM50
TABUNG MYHEART RM30

Let's be part of us in this project

May Allah S.W.T rewards you [with] goodness. Support by sharing this campaign with others:
THE STORY OF US

We exist to create a better world by touching many hearts one at a time.

MyFundAction is a non-profit organization runs by Youth that embraces love and passion through volunteerism and entrepreneurship.

SH-G-26, Pangsapuri Perkhidmatan Knox Wawasan, Jalan Sungai Burung 32/68, Seksyen 32, Bukit Rimau, 40460 Shah Alam, Selangor, Malaysia.
© All Rights Reserved 2021 · MyFundAction · Reg No : PPM-006-14-07052014

Support Medical Equipment Campaign Now

May Allah S.W.T rewards you [with] goodness.
(PPM-006-14-07052014)