Ongoing

Ongoing

Tabung Alatan Perubatan: Parah Gara-Gara Elak Khinzir Hutan

Health Accessibility Campaign

Suntik semangat untuk Karim bangun semula

ABANG SANGGUP BERKORBAN, BERHENTI KERJA

Air yang dicincang tidak akan putus. Itulah ayat yang sesuai bagi menggambarkan pengorbanan seorang abang Lukman apabila sanggup berhenti kerja demi menjaga adiknya, Karim yang lumpuh bersama ibu bapanya di kampung.

Walaupun Lukman sudah mempunyai keluarga kecilnya sendiri, namun itu masih tidak menghalang untuk dia tetap menjaga adiknya.

Dalam keadaan yang tidak bekerja, Lukman perlu membayar bulanan kereta sebanyak RM410 dan terpaksa menampung kos rawatan dan keperluan Karim RM24,600! 

Mengimbas kembali momen, Lukman berkata adiknya terbabas di bahu jalan kerana cuba mengelak tiga ekor khinzir hutan yang tidak jauh dari tempat dia membantu ayahnya membaiki rumah.

Akibatnya, Karim patah tulang bahu kanan dan mengalami kecederaan teruk di kepala. Doktor terpaksa menebuk lubang di kepala untuk mengeluarkan darah bagi kurangkan risiko kematian!

 

AIDILFITRI SURAM TANPA GELAK TAWA KARIM

Lukman mengakui, sepatutnya sambutan Hari Raya tahun ini memancarkan sinar gembira tidak terhingga kepada orang ramai. Namun baginya sekeluarga, raya tahun ini benar-benar berbeza.

“Memang sedih tak dapat nak kata. Karim dulu ceria, kini hanya terlantar. Namun dengan sokongan ramai, InsyaAllah kami akan peroleh kekuatan yang diperlukan untuk menempuh hari-hari yang mencabar ini,” jelas Lukman.

 

Kongsi sebahagian daripada rezeki anda dan doakan Kamal boleh jalani pembedahan segera!

 

TABUNG MYHEART RM500
TABUNG MYHEART RM200
TABUNG MYHEART RM100
TABUNG MYHEART RM50
TABUNG MYHEART RM30

Let's be part of us in this project

May Allah S.W.T rewards you [with] goodness. Support by sharing this campaign with others:
THE STORY OF US

We exist to create a better world by touching many hearts one at a time.

MyFundAction is a non-profit organization runs by Youth that embraces love and passion through volunteerism and entrepreneurship.

SH-G-26, Pangsapuri Perkhidmatan Knox Wawasan, Jalan Sungai Burung 32/68, Seksyen 32, Bukit Rimau, 40460 Shah Alam, Selangor, Malaysia.
© All Rights Reserved 2021 · MyFundAction · Reg No : PPM-006-14-07052014

Support Medical Equipment Campaign Now

May Allah S.W.T rewards you [with] goodness.
(PPM-006-14-07052014)