Islam dianggarkan sebagai agama yang agak pesat berkembang di New Zealand. Namun begitu, sekitar tahun 2006 sehingga 2018, hanya 39 individu baru memeluk Islam dalam tempoh 12 tahun tersebut.
Apa yang lebih meruntun hati adalah apabila golongan mualaf bahkan kelahiran Muslim sendiri mula berputus asa dengan Islam. Masih terdapat segelintir masyarakat Muslim yang kurang diberi sokongan untuk mengamalkan ajaran Islam. Anak remaja juga mula tidak kuat pegangan agama dan paling mengejutkan, ada yang sampai nak tinggalkan Islam! . Allahuakbar!
Justeru, kami daripada MyFundAction mengambil tanggungjawab ini untuk menyebarkan dakwah Islam ini dengan menyediakan dan mengagihkan Aroha Box serta kelas pengajian Islam secara PERCUMA.
Orang yang mewakafkan hartanya akan diganjarkan pahala berkekalan selama mana harta wakaf itu masih ada dan terus dimanfaatkan serta tidak musnah.Sudah tentu ia berbeza dengan sedekah lain. Contohnya, seseorang mewakafkan wang RM10 untuk barangan yang akan dimanfaatkan (Al-Quran, telekung, sejadah, bahkan pembinaan pusat Islam). Selagi barangan itu kekal, selagi itu pahala akan mengalir kepada pewakafnya.Sedekah pula seperti seseorang menyedekahkan RM10 kepada peminta sedekah. Duit RM10 itu digunakan untuk membeli makanan bagi menghilangkan kelaparan. Setelah makanan itu habis, pahala sedekah hanya setakat itu saja.Oleh itu, di samping melakukan sedekah, rebutlah peluang untuk berwakaf sama ada dalam bentuk wang tunai, aset dan sebagainya. Semoga Allah SWT memberikan ilmu dan kefahaman supaya kita dapat membuat persiapan sebaik-baiknya demi keuntungan kehidupan di akhirat yang kekal abadi.
NOTA PENTING: AKAD WAKAF
Sebelum meneruskan transaksi wakaf, pastikan anda membaca akad wakaf seperti di bawah:
“Saya dengan ini berwakaf sebanyak (jumlah wang yang diwakafkan) atas nama (niat wakaf atas nama siapa) untuk dimanfaatkan oleh Muslim di New Zealand yang dikelola oleh MyFundAction kerana Allah SWT”
Selepas membaca akad ini, anda boleh isi borang maklumat di bawah dan membuat transaksi wakaf.
We exist to create a better world by touching many hearts one at a time.
MyFundAction is a non-profit organization runs by Youth that embraces love and passion through volunteerism and entrepreneurship.