Ongoing

Ongoing

No One Will Be Left Behind: Projek Sosial untuk Pulau Jambongan

General Campaign Campaign

Pulau Jambongan—sebuah pulau yang begitu terpencil, bahkan ramai penduduk Sabah sendiri tidak pernah mendengar namanya.

Cabaran hidup di sini amat besar: tiada sumber air bersih, tiada elektrik yang berterusan, dan akses pengangkutan yang sangat terhad. Penduduk bergantung sepenuhnya kepada air hujan untuk minum, memasak, dan kegunaan harian. Bila tiba musim kemarau, mereka terpaksa menggunakan air tasik yang sangat kotor dan tidak selamat.

Hidup di Pulau Jambongan adalah satu perjuangan. Kos sara hidup di sini amat tinggi, terutama untuk bahan api. Diesel yang digunakan untuk menjana elektrik boleh mencecah RM750 sebulan bagi sebuah rumah, hanya untuk menghidupkan lampu pada waktu malam dan membantu anak-anak menyiapkan kerja sekolah. Bagi mereka yang tidak mampu, lilin atau lampu solar menjadi satu-satunya pilihan. Ibu mengandung pula terpaksa meninggalkan pulau sebulan sebelum tarikh jangkaan bersalin kerana tiada hospital di sini, hanya sebuah klinik desa yang memberikan rawatan asas.

Lawatan tim MyFundAction bermula bulan Ogos yang lalu. Kami dapati, logistik merupakan cabaran paling utama disini. Dengan ketiadaan bot tambang, setiap perjalanan keluar masuk boleh mencecah RM500 hingga RM1,000 melalui bot persendirian orang kampung.

Namun, meskipun hidup penuh kesukaran, penduduk Pulau Jambongan sangat tabah dan terkenal dengan kemurahan hati mereka, sentiasa bersedia berkongsi rezeki dengan tetamu.

Penduduk di Pulau Jambongan 100% Muslim dan komited dengan pendidikan Islam. Hasil usaha Cikgu Azam dan pasukan Madrasah Darus Sunnah (MADS), pembangunan spiritual di sini semakin kukuh. Hampir semua penduduk celik Al-Quran. 

Dalam projek sosial ini, tim MyFundAction merancang untuk:

    1. Edaran Alat Tulis – Menyokong perjalanan pendidikan anak-anak di pulau.
    2. Sukan Pantai – Aktiviti sukan rakyat seperti mencari siput, gamat, dan menangkap ketam untuk mengeratkan hubungan penduduk dan sukarelawan.
    3. Rewang – Bergotong-royong bersama penduduk kampung dalam persiapan acara, sambil mempelajari budaya mereka.
    4. Edaran Kotak Rezeki Ummat – Mengagihkan barangan keperluan asas dengan
    5. Bekalan Air Bersih – Cadangan menyediakan air bersih menggunakan kaedah boring 

Projek kali ini bukan hanya sekadar memberi bantuan, tetapi juga untuk membina hubungan yang bermakna dan memperkasakan masyarakat Pulau Jambongan. Kami ingin menjemput dan membuka peluang buat anda semua untuk berkongsi rezeki bersama penduduk di pulau ini. Bersama-sama, kita mampu memberi harapan dan peluang kepada masyarakat serta anak-anak pulau yang hampir dipinggirkan ini.

Mari kita terangi Pulau Jambongan, selangkah demi selangkah!

Let's be part of us in this project

May Allah S.W.T rewards you [with] goodness. Support by sharing this campaign with others:
THE STORY OF US

We exist to create a better world by touching many hearts one at a time.

MyFundAction is a non-profit organization runs by Youth that embraces love and passion through volunteerism and entrepreneurship.

SH-G-26, Pangsapuri Perkhidmatan Knox Wawasan, Jalan Sungai Burung 32/68, Seksyen 32, Bukit Rimau, 40460 Shah Alam, Selangor, Malaysia.
© All Rights Reserved 2021 · MyFundAction · Reg No : PPM-006-14-07052014

Support Rezeki Ummat Campaign Now

May Allah S.W.T rewards you [with] goodness.
(PPM-006-14-07052014)