Assalamualaikum. Salam Ramadan buat semua. Alhamdulillah, sudah genap 1 bulan saya berhijrah ke Sabah.
Banyak saya nak cerita dan kongsikan sepanjang pengalaman saya berada di sini. Banyak juga perkara yang Allah ajar kepada saya ‘indirectly’.
Dipendekkan cerita, dengan izin Allah, MyFundAction Sabah dapat menyediakan 5 buah kelas mengaji Al-Quran secara percuma buat golongan asnaf, muallaf dan kurang berkemampuan.
Jumlah keseluruhan pelajar adalah sekitar 616 orang dari golongan kanak-kanak, dewasa dan orang tua.
Dan alhamdulillah, kelas mengaji tetap diteruskan di bulan puasa ini walaupun kadang-kadang, ada kampung yang mempunyai masalah elektrik, tiada air & macam-macam masalah lagi ?.
Apa yang buatkan saya kagum adalah melihat kesungguhan kanak-kanak di sini berjalan kaki 2-3 km semata-mata nak pergi kelas mengaji. Ada juga yang naik perahu dalam kegelapan waktu malam sekiranya kelas dibuat selepas Maghrib.
Baiklah, sempena Ramadan ni, saya nak raikan pelajar-pelajar kelas mengaji ni dengan hadiahkan mereka makanan iftar atau sahur yang istimewa. Saya nak open dalam 300 slot, ok tak?
Sepanjang saya di sini kebanyakan mereka hanya makan sayur. Kalau ada duit lebih sikit boleh lah beli telur dan sardin. Kalau ayam, memang susah sangat nak dapat makan. Sangat “mahal”. Kalau dapat makan, bahagia tak terkata.
Saya ingat lagi ada seorang budak yang kami jumpa, dia cakap dia paling teringin nak makan ayam. Siap berdoa pada Allah supaya dapat makan ayam. Sangat spesifik. Ya Allah, tergamam rasa. Rasanya saya tak pernah berdoa minta pada Allah supaya dapat makan ayam.
Saya sedar, dakwah di sini adalah dengan perjuangkan pendidikan untuk mereka. Hanya dengan cara itu dapat merubah kehidupan keluarga yang susah. Tapi, boleh tak kali ini saya nak ajak kita semua raikan anak-anak dekat sini dengan belanja mereka makan sedap-sedap bulan puasa ni? Tolong share pada kawan-kawan serta kenalan sekali tau.
Lastly, nak minta tolong doakan saya dan kawan-kawan seperjuangan di sini boleh? Terima kasih sebab selalu support, semoga Allah membalas dengan kebaikan beratus kali ganda lagi.
Pray for our journey in Sabah ?
We exist to create a better world by touching many hearts one at a time. MyFundAction is a non-profit organization runs by Youth that embraces love and passion through volunteerism and entrepreneurship.
SH-G-26, Pangsapuri Perkhidmatan Knox Wawasan, Jalan Sungai Burung 32/68, Seksyen 32, Bukit Rimau, 40460 Shah Alam, Selangor, Malaysia.