Cikgu Laila, 56 dah berbakti sebagai guru selama 30 tahun tapi hidupnya berubah 360 darjah apabila diuji dengan kanser payudara!
Sejak episod hitam menyelubungi diri, beliau tak boleh mengajar lagi kerana terpaksa kerap berulang alik ke hospital.
Namun, semangat jiwa pendidik tak pernah padam dari ingatan!
Cikgu Laila berdoa setiap hari semoga cepat sihat untuk kembali mengajar anak bangsa.
Itu yang buat kami kagum dengan Cikgu Laila!
Menurut cerita Cikgu Laila, sebelum ini dia hanya demam biasa sahaja.
Tetapi lama kelamaan, beliau mula merasakan bengkak di bahagian payudaranya dan ada keluar nanah.
“Mula-mula cikgu rahsiakan pasal ni sebab tak nak suami dan anak-anak risau. Tapi bila keadaan dah teruk sangat, doktor sarankan untuk buat pemeriksaan lanjut di hospital besar untuk tahu sakit apa yang cikgu alami sebenarnya.”
Selepas diperiksa, Cikgu Laila disahkan menghidap kanser payudara tahap 4!
Tambah beliau lagi, pembedahan untuk membuang payudara tidak dapat dilakukan kerana luka akibat kanser terlalu dalam.
Sudahlah sebelum ini beliau menghidap kencing manis dan sekarang kanser pula.
Disebabkan penyakit kencing manisnya itu, dikhuatiri luka pembedahan tersebut sukar untuk sembuh dan keadaan akan menjadi lebih teruk.
Sayu sangat kami lihat keadaan Cikgu Laila yang semakin hari semakin lemah kerana hilang selera makan sehinggakan beliau mengalami darah rendah.
Cikgu Laila sangat perlukan RM12,000 untuk menampung kos rawatan luka (dressing) dan juga keperluan-keperluan lain.
Ayuh kita sama-sama realisasikan impiannya untuk terus berjasa kepada generasi muda.
Moga dengan usaha kecil kita ini dapat membakar semangat Cikgu Laila untuk terus kuat melawan penyakitnya itu dan kembali mengajar seperti sebelum ini.
Anda juga boleh salurkan sokongan anda melalui:
Nama Akaun: PERTUBUHAN KESIHATAN JANTUNG MALAYSIA (MYHEART)
Bank: MAYBANK
No. Akaun: 562142423145
Rujukan: CIKGU LAILA
We exist to create a better world by touching many hearts one at a time.
MyFundAction is a non-profit organization runs by Youth that embraces love and passion through volunteerism and entrepreneurship.