MyFundAction

 

“Bersuci adalah sebahagian daripada keimanan” 

Siapa yang tak suka datang ke masjid yang cantik, selesa betul tak?

Tapi, kalau luaran saja yang elok, tapi tandasnya rosak, berbau dan tidak dijaga, kita sendiri akan fikir dua kali samada nak singgah atau tak.

Lagi pula, kalau cakap soal kebersihan, masjid atau surau itu kan tempat terbaik untuk mempamerkan kesucian Islam?

Tapi sebenarnya, situasi ini yang berlaku di Masjid Saadah.

Masjid ini ada 4 buah tandas tapi 3 daripadanya rosak dan hanya 1 saja yang masih boleh digunakan.

Sistem kumbahan di masjid ini sudah lama rosak sehinggakan:

  • berlakunya limpahan air dari mangkuk tandas setiap kali tandas dipam.
  • apabila hujan lebat, tangki septik akan dipenuhi air sehingga melimpah kandungannya menghasilkan bau yang busuk
  • permukaan tidak sekata akan menjadi licin dan berbahaya apabila air bertakung.

 

Raih Pahala Jariyah Berpanjangan Dengan Naik Taraf Tandas Masjid

Bukanlah niat ahli jawatankuasa masjid untuk membiarkan tandas tersebut terus rosak.

Tetapi, dana yang ada hanya cukup-cukup untuk membayar bil air dan elektrik saja.

Sebenarnya, masjid ini sudah lama menjadi tempat penduduk kampung berkumpul dan melakukan aktiviti ibadah.

Kalau ianya masih dalam keadaan rosak dan berbau pasti akan menimbulkan rasa malu, apatah lagi jika yang menggunakannya adalah orang bukan Islam.


 

Jadi, kami memerlukan 850 pewakaf untuk berwakaf RM30 sahaja untuk menjayakan projek naik taraf tandas masjid Saadah ini.

Ayuh semua, kita jaga identiti dan kesucian Islam dengan berwakaf buat keselesaan kariah dan penduduk setempat.

Let's be part of us in this project

May Allah S.W.T rewards you [with] goodness. Support by sharing this campaign with others:
THE STORY OF US

We exist to create a better world by touching many hearts one at a time.

MyFundAction is a non-profit organization runs by Youth that embraces love and passion through volunteerism and entrepreneurship.

SH-G-26, Pangsapuri Perkhidmatan Knox Wawasan, Jalan Sungai Burung 32/68, Seksyen 32, Bukit Rimau, 40460 Shah Alam, Selangor, Malaysia.
© All Rights Reserved 2021 · MyFundAction · Reg No : PPM-006-14-07052014

Support Wakaf Masjid Perak Campaign Now

May Allah S.W.T rewards you [with] goodness.
(PPM-006-14-07052014)