Hari persekolahan sepatutnya memberi kegembiraan kepada setiap murid dan guru.
Bagaimanapun di TPQ Al-Imam, Indonesia suasana riang itu terencat disebabkan seorang kanak-kanak perempuan yang sedang mengaji terjatuh dari ketinggian kira-kira 3 meter.
Situasi tersebut bukanlah perkara baru sebaliknya sering saja terjadi insiden-insiden tidak diduga seperti itu berikutan lantai di madrasah tersebut diperbuat dari papan.
“Saya terkejut dan amat kasihan melihat murid-murid dan guru masih meneruskan sesi pembelajaran walaupun keadaan madrasah tidak kondusif dan selesa,” kata salah seorang sukarelawan kami.
Berbeza dengan kanak-kanak lain, para pelajar di sini hanya berpeluang belajar di sebuah madrasah yang tiada pintu dan tingkap. Inilah hakikat kedaifan mereka!
Tetapi, semangat mereka masih kuat untuk belajar ilmu agama walau kedaifan mengikat mereka. Kerana bagi mereka, mendalami al-Quran adalah lebih penting.
Bayangkan saja lah. 5 orang guru yang mengajar seramai 58 orang murid langsung tidak dibayar!
Menurut salah seorang tenaga pengajar di sana, jika mereka meminta bayaran maka ramai yang tidak akan turut serta dalam pembelajaran.
Sedangkan, anak-anak ini perlu dibimbing dari keciciran agama Islam. Itulah apa yang diperjuangkan di TPQ Al-Imam, Indonesia.
Jom #jiwabaik! Dengan bantuan kita, anak-anak di sana mungkin bakal jadi hafiz dan hafizah yang akan menjadi tonggak agama Islam.
InsyaAllah, dengan keikhlasan anda membantu mereka mampu mengukirkan senyuman indah di bibir mereka.
Moga-moga dengan bantuan ini, Allah SWT lapangkan rezeki dan hadiahkan ladang pahala buat para dermawan semua. Amin ya rabbal a’lamin.
We exist to create a better world by touching many hearts one at a time.
MyFundAction is a non-profit organization runs by Youth that embraces love and passion through volunteerism and entrepreneurship.