Ongoing

Bantuan Perubatan: Nur Suhani Derita Radang Usus Kritikal

Health Accessibility Campaign

Gadis 24 Tahun Redha Terpaksa Tangguh Pengajian

Impian memegang skrol diploma tidak kesampaian

Impian Nur Suhani, 24 tahun untuk menamatkan Diploma dalam Sumber Manusia tidak kesampaian akibat menderita penyakit radang usus sejak enam tahun yang lalu.

 

Mula melihat simptom seperti cirit-birit, muntah dan berat turun mendadak pada 2016, Suhani terpaksa menangguhkan pembelajarannya di Politeknik Johor selama 2 tahun dan hanya duduk berehat di rumah. 

 

Selama setahun lebih, Suhani berulang alik ke Hospital Tunku Jaafar bersama ibunya namun doktor masih tidak dapat mendiagnosis penyakit yang menimpanya. Apabila kes Suhani dibawa ke Hospital UKM, doktor di sana mendapati Suhani mengalami sakit radang usus kritikal.

 

Walaupun sering mengadu sakit perut dari dulu, Suhani tidak pernah putus semangat untuk tetap mendapatkan pembelajaran yang sepatutnya di UiTM Penang pada 2018 dan kemudiannya 2019 di UiTM Seremban 3. Namun, akibat menanggung sakit radang kritikal, dia terpaksa menangguhkan impiannya itu.

 

Keadaan Suhani semakin hari semakin baik setelah mengambil ubat dua minggu sekali dan membuat rawatan enam bulan sekali.

 

Pada April 2021, Suhani menjalani pembedahan untuk membuang usus yang tidak boleh digunakan kerana ususnya tersumbat. Suhani mengadu, jika dia makan dia akan rasa sakit perut. 

 

Kos pembedahan Suhani yang memakan belanja sebanyak RM18,000 merupakan jumlah yang sangat besar perlu ditanggung bagi keluarganya kerana dia mempunyai tujuh adik beradik. Tetapi setelah menolak kadar subsidi, jumlah yang perlu dibayar ialah RM8,715. 

 

Atas bantuan Baitulmal sebanyak RM5,000 dan bayaran yang mampu ditanggung keluarga sebanyak RM1,369, kini mereka masih mempunyai kos tunggakan sebanyak RM2,346 dengan Hospital UKM.

 

Buat masa sekarang, rawatan yang disarankan doktor adalah memberi ubat dua minggu sekali untuk merawat keradangan usus. 

 

“Kalau dia tak buat rawatan, susah lah untuk dia buat aktiviti harian sebab perut dia akan sentiasa rasa sakit. Sebab tu, saya sarankan Suhani buat rawatan setiap dua minggu seumur hidup,” jelas doktor yang merawatnya dari Hospital UKM.

 

“Saya pun sebenarnya tak boleh nak makan dan minum macam biasa sebab perut saya memang sentiasa rasa sakit,” ungkapnya dengan wajah yang sugul.

 

Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing. Mari kita bantu Suhani untuk menggapai impian memegang skrol diploma dan menjalani kehidupan seperti gadis biasa.

 

Semoga Allah dapat membalas jasa anda dengan berkongsi rezeki bersama dengan mereka yang memerlukan.

Let's be part of us in this project

May Allah S.W.T rewards you [with] goodness. Support by sharing this campaign with others:
THE STORY OF US

We exist to create a better world by touching many hearts one at a time.

MyFundAction is a non-profit organization runs by Youth that embraces love and passion through volunteerism and entrepreneurship.

SH-G-26, Pangsapuri Perkhidmatan Knox Wawasan, Jalan Sungai Burung 32/68, Seksyen 32, Bukit Rimau, 40460 Shah Alam, Selangor, Malaysia.
© All Rights Reserved 2021 · MyFundAction · Reg No : PPM-006-14-07052014

Support Kanser Campaign Now

May Allah S.W.T rewards you [with] goodness.
(PPM-006-14-07052014)