MyFundAction

Ongoing

Bantuan Susu Nutrisi Buat Anak Yaman

Food Security Campaign

Anak Yaman Diambang Kematian Tanpa Susu Formula

Kesukaran Kanak-kanak Membesar di Yaman 

Yaman merupakan sebuah negara yang dilanda krisis kemanusiaan terpaling buruk di dunia. Perang yang berterusan sehingga mengakibatkan kehancuran ekonomi.

Yang terpaksa menanggung kesan daripada krisis ini adalah rakyatnya sendiri. Dianggarkan sebanyak 17.4 juta penduduk Yaman sangat memerlukan makanan, dan lebih 7 juta kanak-kanak mengalami masalah kekurangan nutrisi.

Bagaimana seorang kanak-kanak ingin membesar dengan baik dalam suasana bergolak dan kekurangan makanan? 

Jika kita tengok bayi di Malaysia semuanya sihat-sihat belaka, tapi ianya berbeza di Yaman. Bayi-bayi dan kanak-kanak di sana kurus kering, sehinggakan nampak tulang rusuknya!

 

Jari Sering Berdarah Kerana Luka, Gigit Jari Sendiri

Di Yaman, seorang ibu terpaksa berlari ke klinik kerana luka di jari anaknya berdarah akibat bekas gigitannya sendiri. 

Dalam kejadian lain pula, doktor terpaksa ikat tangan seorang kanak-kanak lelaki supaya dia tidak garu di bahagian mulutnya yang digigit untuk elak jangkitan kuman.

Allahuakbar! Pedihnya!

Kenapa mereka menggigit jari dan mulut mereka sendiri walau mereka tahu ianya sakit?

KERANA MEREKA SANGAT LAPAR

Anak-anak kecil ini sebaya dengan anak-anak kita. Bayangkan kalau kejadian ini berlaku kepada anak kita.

Apakah tindakan kita pada waktu itu? Pernah tak kita terfikir? Tetapi, itulah yang terjadi pada anak-anak di Yaman.

Kita di Malaysia selalu alpa dengan kesenangan yang kita miliki. Terkadang merungut bila tak tahu nak makan apa, makanan tak sedap dan sebagainya.

Bukan wang ringgit yang mereka mahukan. Hanya sedikit perhatian daripada kita sudah memadai, dengan menaja susu formula buat mereka.

Terkini, setiap 10 minit seorang kanak-kanak di Yaman meninggal dunia disebabkan kebuluran yang melampau. 

Mereka Amat Perlukan Nutrisi Untuk Teruskan Kelangsungan Hidup!

Inilah masanya untuk kita bantu saudara seislam kita. InshaAllah dengan jihad ini, kita dapat kenyangkan mereka dengan susu formula istimewa buat anak-anak Yaman.

Kirimkan hadiah susu Yaman buat kanak-kanak di sana, sekaligus mengukir senyuman gembira di wajah mereka.

Ayuh kongsi rezeki bersama mereka dengan kirim susu nutrisi buat anak Yaman hari ini!

10 Tin Susu RM470

5 Tin Susu RM235

3 Tin Susu RM141

1 Tin Susu RM47

 

Untuk bantuan secara manual / transfer / CDM boleh bank in ke akaun di bawah:

Bank: Maybank

Nama: Yayasan Kebajikan Muslim (MYFUNDACTION)

No Akaun: 550510970262

Reference: “Susu Yaman” 

 

Let's be part of us in this project

May Allah S.W.T rewards you [with] goodness. Support by sharing this campaign with others:
THE STORY OF US

We exist to create a better world by touching many hearts one at a time.

MyFundAction is a non-profit organization runs by Youth that embraces love and passion through volunteerism and entrepreneurship.

SH-G-26, Pangsapuri Perkhidmatan Knox Wawasan, Jalan Sungai Burung 32/68, Seksyen 32, Bukit Rimau, 40460 Shah Alam, Selangor, Malaysia.
© All Rights Reserved 2021 · MyFundAction · Reg No : PPM-006-14-07052014

Support Susu Yaman Campaign Now

May Allah S.W.T rewards you [with] goodness.
(PPM-006-14-07052014)