MyFundAction

Ongoing

Wakaf Bina Rumah Untuk Keluarga Di Syria Ramadan Ini

Enliven Poverty Campaign

Berwakaf : Peluang Peroleh Ganjaran Pahala Berterusan

“INDAHNYA ANDAI RAMADAN INI KAMI DAPAT BERPUASA DI DALAM RUMAH”

Sambutan Ramadan dan Aidilfitri untuk tahun ini berbeza sama seperti tahun-tahun sebelum ini dek kerana PKP yang memaksa kita semua untuk mematuhi SOP bagi mencegah penularan Covid 19.

Banyak keluhan dari masyarakat kita apabila Aidilfitri kali ini kurang kemeriahannya apabila aktiviti rumah terbuka dan kunjung-mengunjungi sanak-saudara tidak dibenarkan.

Keluhan ini tidak boleh menandingi nasib kira-kira dua juta pelarian Syria di saat umat Islam lain menyambut hari kemenangan, mereka sedang mencari perlindungan di negara Lubnan dan bergelut mendapatkan bekalan makanan.

Indahnya jika mereka dapat berpuasa dan sambut kemeriahan Aidilfitri di dalam rumah. Nasib mereka sekarang ini, mereka hanya tinggal di dalam khemah yang nipis dan tidak selamat. 

Khemah yang mereka berlindung mungkin runtuh jika dilanda ribut!

REBUT PAHALA BERWAKAF BINA RUMAH BAHARU BUAT SAUDARA KITA DI SYRIA RAMADAN INI

Sudah bertahun mereka menjadi pelarian di dalam negara sendiri. Bagi berjuta-juta pelarian dalam negara Syria, Ramadan sudah hampir sedekad tidak sama seperti yang dahulu. Kesuraman Aidilfitri pasti dirasa setiap tahun

Oleh itu, kami MyFundAction berinisiatif untuk bina rumah baharu buat mereka dan berikan kami peluang menyambut kemeriahan Ramadan dan Aidilfitri bersama keluarga tercinta. 

Apa yang anda tunggu lagi? Inilah masanya untuk anda berwakaf bina rumah baharu buat keluarga di Syria Ramadan ini!

Anda boleh pilih pakej di bawah mengikut kesesuaian anda:

WAKAF 1 UNIT RUMAH RM6,500

WAKAF 20 LOT RUMAH RM1,000

WAKAF 10 LOT RUMAH RM500

WAKAF 1 LOT RUMAH RM50

BANTU SEIKHLAS HATI RM30

Dari Ibnu Abbas; “Rasulullah SAW adalah orang yang paling pemurah berbuat kebajikan, terutama di bulan Ramadhan. Kerana setiap tahun Jibril selalu menemui baginda tiap-tiap malam, hingga habis bulan Ramadhan. 

(HR Muslim)

Mari kita sama-sama contohi sifat mulia baginda Rasulullah SAW dengan menjadi insan yang paling pemurah berbuat kebajikan di bulan Ramadhan yang memberi manfaat kepada orang lain dan peroleh ganjaran pahala disisi Allah SWT. InsyaAllah amin…

Support Wakaf Bina Rumah Untuk Keluarga Di Syria Ramadan Ini

May Allah S.W.T rewards you [with] goodness. Support by sharing this campaign with others:

THE STORY OF US

We exist to create a better world by touching many hearts one at a time.

MyFundAction is a non-profit organization runs by Youth that embraces love and passion through volunteerism and entrepreneurship.

SH-G-26, Pangsapuri Perkhidmatan Knox Wawasan, Jalan Sungai Burung 32/68, Seksyen 32, Bukit Rimau, 40460 Shah Alam, Selangor, Malaysia.
© All Rights Reserved 2021 · MyFundAction · Reg No : PPM-006-14-07052014

Support Wakaf Bina Rumah Untuk Keluarga Di Syria Ramadan Ini Campaign Now

May Allah S.W.T rewards you [with] goodness.
(PPM-006-14-07052014)