Setakat ini, sudah 600 buah rumah Idlib secara keseluruhannya yang dinamakan sebagai ‘Kampung Malaysia” telah pun diserahkan kepada 750 orang penerima manfaat di sana.
Lebih menyayat hati, hakikatnya lebih 1 juta penduduk masih memerlukan tempat tinggal disana selepas ratusan ribu manusia mati terbunuh dan tercedera dalam perang Syria.
Pelarian-pelarian kini hanya ditempatkan di khemah sementara. Tetapi keadaan khemah tersebut semakin lusuh dan tidak cukup untuk menampung sebilangan besar daripada mereka.
Bagi menyediakan tempat pelarian Syria yang kukuh, perkampungan baru perlu dibina di Deir Hassan, Idlib, Syria yang lengkap dengan pelbagai infrastruktur dan kemudahan asas seperti hospital, perumahan, sekolah dan masjid.
Kami daripada MyFundAction di bawah kelolaan Hayrat Yardim ingin membuka wakaf buat pembinaan perkampungan di Syria supaya lebih ramai lagi dapat merasai tempat tinggal yang selamat dan selesa
Kami menyasarkan sebanyak 100 buah rumah dibina sekaligus dapat menempatkan sebanyak 100 buah keluarga ketika fasa ini.
Dengan pembinaan perumahan bermodelkan Briquette House, ia dapat menampung lima ke tujuh orang dalam satu rumah
Dengan pembinaan perumahan bermodelkan Briquette House, ia dapat menampung lima ke tujuh orang dalam satu rumah.
Kos pembuatan satu rumah juga dianggarkan sekitar RM6,500 sahaja. Rumah tersebut juga lengkap dengan fasiliti bilik air, dapur, bilik tidur dan juga ruang tamu.
Ayuh Bersama MyFundAction Bersama Kita Jayakan Usaha Ini Untuk Syria Lebih Baik. #JIwaBaik
WAKAF {1 RUMAH} – RM6,500
WAKAF RM500
WAKAF RM200
WAKAF RM100
WAKAF RM50
WAKAF RM30
Semoga dengan rezeki yang anda kongsikan bersama kami sedikit sebanyak dapat memberikan senyuman buat mereka di Syria.
InsyaAllah, wakaf yang anda berikan ini juga akan menjadi saham akhirat kelak buat anda. Amiin
We exist to create a better world by touching many hearts one at a time.
MyFundAction is a non-profit organization runs by Youth that embraces love and passion through volunteerism and entrepreneurship.