TIADA PENGHUJUNG KONFLIK DI SYRIA

Tak nampak bayang untuk peperangan di Syria akan tamat bila.

Peperangan yang sudah berlangsung selama lebih satu dekad dah mencetuskan krisis perpindahan terbesar di Eropah dan Asia sejak Perang Dunia Kedua.

Soal harga barang jangan cakap lah, semua naik dengan mendadak!

Sekarang ni, penduduk di seluruh negera sedang bergelut untuk terus hidup ketika krisis ekonomi global muncul.

Sudah lah harga barang naik akibat perang di Ukraine, kekurangan bekalan makanan juga turut terjejas.

Cuba bayangkan orang susah yang terpaksa berhadapan dengan situasi genting macam tu seperti rakyat Syria.

 

 

Sejak pengusiran pelarian syria dari rumah mereka akibat kekejaman pemerintah, pelarian syria tidak pernah aman dan selamat tinggal di khemah yang makin hari makin lusuh.

Bagi menyediakan tempat berteduh pelarian Syria yang kukuh, perkampungan baru perlu dibina di Deir Hasan, Idlib, Syria yang lengkap dengan pelbagai infrastruktur dan kemudahan asas seperti hospital, perumahan, sekolah dan masjid.

 

MyFundAction dengan kerjasama Hayrat Yardim berusaha untuk merealisasikan projek perkampungan baru di Idlib. Oleh itu, ini adalah usaha melaksanakan projek perumahan buat mereka daripada rakyat Malaysia. 

 

Dengan itu, kami membuka tabung bagi melaksanakan projek ini. 

Projek pembangunan perkampungan ini sudah bermula pada bulan Ogos 2021. 

 

 

Kami menyasarkan sebanyak 100 buah rumah dibina  sekaligus dapat menempatkan sebanyak 100 buah keluarga ketika fasa ini. 

Dengan pembinaan perumahan bermodelkan Briquette House, ia dapat menampung lima ke tujuh orang dalam satu rumah

Kos pembuatan satu rumah juga dianggarkan sekitar RM6,500 sahaja. Rumah tersebut juga lengkap dengan fasiliti bilik air, dapur, bilik tidur dan juga ruang tamu. 

 

 

Buat pengetahuan anda, perkampungan ini sangat diperlukan bagi menyelesaikan masalah pelarian di Syria. 

Bukan itu sahaja, perkampungan ini juga merupakan tempat berlindung buat mereka semua daripada cuaca sejuk yang melampau apabila tibanya musim sejuk tidak lama lagi.  

Tambahan lagi, kawasan tersebut kerap berlaku banjir apabila hujan turun dengan sangat lebat. Perkhemahan yang mereka tinggal kini tidak lagi selamat untuk mereka. 

Semoga dengan pembinaan perkampungan baru yang dilaksanakan akan dapat membantu menyelesaikan masalah ini.  

Kami daripada MyFundAction di bawah kelolaan Hayrat Yardim ingin membuka tabung wakaf buat pembinaan perkampungan di Syria.

 

 

Dengan pembinaan Briquette House ini anda dapat menyelamatkan 2,500 nyawa di sana.. Kami ada menyediakan beberapa pakej untuk anda bersama kami dalam merealisasikan projek ini.

 

                                                         WAKAF RM6,500 (1 RUMAH)

                                                         WAKAF RM500 

                                                         WAKAF RM200 

                                                         WAKAF RM100 

                                                         WAKAF RM50 

                                                         WAKAF RM30 

 

 

Semoga dengan rezeki yang anda kongsikan bersama kami sedikit sebanyak dapat memberikan senyuman buat mereka di Syria.

InsyaAllah, wakaf yang anda berikan ini juga akan menjadi saham akhirat kelak buat anda. Amiin.

Let's be part of us in this project

May Allah S.W.T rewards you [with] goodness. Support by sharing this campaign with others:
THE STORY OF US

We exist to create a better world by touching many hearts one at a time.

MyFundAction is a non-profit organization runs by Youth that embraces love and passion through volunteerism and entrepreneurship.

SH-G-26, Pangsapuri Perkhidmatan Knox Wawasan, Jalan Sungai Burung 32/68, Seksyen 32, Bukit Rimau, 40460 Shah Alam, Selangor, Malaysia.
© All Rights Reserved 2021 · MyFundAction · Reg No : PPM-006-14-07052014

Support Briquette House Syria Campaign Now

May Allah S.W.T rewards you [with] goodness.
(PPM-006-14-07052014)