Menurut data daripada Kementerian Pendidikan 2020, seramai 12,000 pelajar di Sabah tidak menguasai kemahiran untuk membaca, menulis dan mengira.
Kebanyakan daripada penduduknya tinggal di luar bandar. Sekolah di sana juga banyak yang terletak di kawasan komuniti yang miskin.
Bukan itu sahaja, di pedalaman Sabah, kelas mengaji bagi Muslim juga tidak banyak.
Ini menjadi salah satu isu yang harus diperhatikan. Firman Allah dalam surah Al-Mujadalah:11,
“…يَرْفَعِ اللَّـهُ الَّذِينَ آمَنُوا مِنكُمْ وَالَّذِينَ أُوتُوا الْعِلْمَ دَرَجَاتٍ
“Supaya Allah SWT meninggikan darjat orang-orang yang beriman di antara kamu, dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan Agama (daripada kalangan kamu) dengan beberapa darjat”.
Bukankah ini menunjukkan yang ilmu itu sangat penting?
Melihat keadaan seperti ini kami di MyFundAction menganjurkan program Pusat Mengaji Annur di pedalaman Sabah.
Program ini sangat penting khususnya untuk memerangi buta huruf hijaiyyah.
Alhamdulillah program ini sudah berjalan selama 3 tahun dan beroperasi 3 hari seminggu untuk pelajar lingkungan 7 hingga 60 tahun.
Pusat Mengaji Annur siap untuk mengajar lebih ramai lagi para asnaf dan mualaf yang ingin belajar mengaji.
Misi pusat ini adalah untuk melahirkan lebih ramai generasi Rabbani melalui pengajian Al-Quran.
Jadi, kami ingin mengajak sahabat semua untuk sertai kami dalam program ini.
InshaAllah dengan bantuan dari sahabat, dapat meningkatkan kesedaran masyarakat muslim Sabah untuk mempelajari al-Quran dan melahirkan hafiz, hafizah al-Quran.
We exist to create a better world by touching many hearts one at a time. MyFundAction is a non-profit organization runs by Youth that embraces love and passion through volunteerism and entrepreneurship.
SH-G-26, Pangsapuri Perkhidmatan Knox Wawasan, Jalan Sungai Burung 32/68, Seksyen 32, Bukit Rimau, 40460 Shah Alam, Selangor, Malaysia.