Allah SWT berfirman di dalam Surah al-Baqarah (2) : 265
“Dan perumpamaan orang-orang yang membelanjakan hartanya kerana mencari keredhaan Allah dan untuk keteguhan jiwa mereka, seperti sebuah kebun yang terletak di dataran tinggi yang disiram oleh hujan lebat, maka kebun itu menghasilkan buahnya dua kali ganda. Jika hujan lebat tidak menyiraminya, maka hujan gerimis (pun memadai). Dan Allah Maha Melihat apa yang kamu perbuat.”
Setiap umat Islam yang memiliki kelebihan rezeki diperintahkan Allah SWT untuk sentiasa memberi setiap rezekinya kepada orang yang memerlukan.
Semenjak pandemik Covid-19 melanda negara, ramai fakir miskin yang sangat terkesan sehingga mereka kehilangan punca pendapatan.
Seperti yang dialami oleh Puan Pilesah, seorang Ibu tunggal yang bertanggung jawab menguruskan 9 orang anaknya. Mereka harus menahan lapar selama 3 hari kerana tidak memiliki wang untuk makan.
Di luar sana ada ribuan bahkan ratusan ribu fakir miskin yang kurang bernasib baik. Tidak bekerja ertinya tiada pendapatan .
Tak ada pendapatan ertinya mereka sekeluarga perlu ikat perut untuk menahan lapar hari ini dan kemudian hari.
Melihat keadaan seperti ini MyFundAction berinisiatif dengan membuat program “Rezeki Ummat”.
Rezeki Ummat merupakan projek untuk membantu meringankan beban kelompok berpendapatan rendah dan menengah dalam menyediakan keperluan Makanan Asas.
Tujuan dari projek ini adalah untuk meringankan beban mereka dan memastikan keperluan asas mencukupi.
Mari kita berkongsi rezeki dengan mereka. Kotak Rezeki Ummat akan diberikan dalam bentuk seperti bekalan asas makanan, bekalan makanan basah dan pek sedia makan.
Untuk Transaksi Wakaf Secara Manual/ Bank Transfer/ CDM
Bank : MAYBANK
Nama : Yayasan Kebajikan Muslim (MYFUNDACTION)
No akaun : 550510970449
Reference: REZEKI UMMAT
We exist to create a better world by touching many hearts one at a time.
MyFundAction is a non-profit organization runs by Youth that embraces love and passion through volunteerism and entrepreneurship.