Menurut anda, apa impian setiap pasangan yang dah berkahwin?
Nak memiliki zuriat, betul tak?
Sampai ada yang sanggup berhabis beribu-ribu sebagai ikhtiar untuk dikurniakan cahaya mata.
Walaupun masih belum direzekikan dengan anak, Allah tetap beri rezeki dalam hal yang lain seperti memiliki kesihatan yang baik, harta yang bernilai, suami/isteri yang penyayang.
Namun, ada satu cara bagaimana golongan bertuah dan istimewa ini masih boleh bergelar ‘ibu’ dan ‘ayah’ iaitu dengan menjadi ibu bapa angkat kepada anak-anak di Palestine dalam Program Anak Angkat Palestin.
Bercerita tentang Program Anak Angkat Palestin yang MyFundAction jalankan, kami melihat anak-anak Palestin kebanyakannya merupakan yatim piatu akibat perang yang berlaku di sana.
Kondisi kewangan yang runcing menyebabkan anak-anak ini terlalu dahagakan pendidikan tapi terpaksa diabaikan.
Kerana perut yang lapar perlu diisi adalah lebih penting untuk melangsungkan kehidupan berbanding pendidikan.
Disebabkan itu program anak angkat ini diperkenalkan bertujuan untuk menyediakan keperluan pendidikan seperti:
✅ Yuran persekolahan
✅ Kos pengangkutan
✅ Kos alat tulis dan buku-buku
✅ School trip untuk pembelajaran
Tahun lepas, kita berjaya bantu seramai 213 anak yatim yang dapat hadir ke sekolah setiap hari. Tahun ini, kami sangat optimistik untuk menyokong pendidikan 1,813 anak yatim di Palestin.
Dengan perkongsian RM250 sebulan, anda dapat mengubah kehidupan anak Palestin yang kita harapkan agar mereka dapat mempertahankan negara mereka suatu hari nanti.
Jangan lupa, anda adalah hero sebenar mereka dalam membina negara dan bangsa melalui pendidikan yang mereka kecapi.
Semoga usaha kecil anda ini Allah angkat menjadi amalan terbaik anda.
Dengan perkongsian RM3,000 setahun untuk anak angkat anda di Palestin, anda boleh menjalinkan kasih sayang dengan mereka seperti:
✅ Ibu bapa angkat mempunyai profil anak angkat mereka
✅ Ibu bapa angkat berpeluang untuk menghadiri acara pemberian biasiswa secara maya
✅ Ibu bapa angkat menerima laporan akademik dan maklumat terkini bagi setiap semester
✅ Sijil daripada MyFundAction
Dengan menjadi ibu dan bapa angkat kepada anak-anak ini, anda sebenarnya sedang membuat perubahan terbaik dalam kehidupan mereka:
✅ Memperkasakan mereka dengan pendidikan
✅ Memberi mereka peluang untuk membina masa depan yang lebih cerah untuk diri mereka dan komuniti mereka
Kami berterima kasih untuk setiap sokongan yang anda berikan dan berharap kita dapat bekerjasama ke arah tujuan murni ini.
“Orang-orang yang memelihara anak yatim di antara umat muslimin, memberikan mereka makan dan minum, pasti Allah memasukkannya ke dalam syurga, kecuali ia melakukan dosa yang tidak boleh diampuni.”
(HR Tirmidzi dari Ibnu Abbas)
Baca lanjut : Adakah projek MyFundAction dapat potongan cukai?
We exist to create a better world by touching many hearts one at a time.
MyFundAction is a non-profit organization runs by Youth that embraces love and passion through volunteerism and entrepreneurship.