MyFundAction

Ongoing

Tabung Genetik: Harapan Ramadan Buat Adik Adam

Health Accessibility Campaign

Lumpuh Separuh Badan Bukan Penghalang Buat Adam Menyambut Ramadan

TERUJA MENYAMBUT RAMADAN, HARAPAN HILANG SEKELIP MATA

Bagai kaca terhempas ke batu. Itulah apa yang dirasai oleh ibu dan bapa Adam Iqram, 10 tahun apabila mereka mengetahui anak mereka disahkan menghidap penyakit genetik otot-saraf (Spinal Muscular Atrophy) sejak bayi. 

Adik Adam kelihatan normal  seperti bayi-bayi yang lain semasa dilahirkan. Namun, ketika dia berusia 8 bulan, adik Adam masih tidak boleh meniarap dan perkara ini sangat merisaukan ibunya.

Selepas dibawa ke hospital untuk diperiksa, doktor telah mengesahkan bahawa adik Adam menghidap masalah penyakit otot-saraf iaitu saraf tulang belakangnya tidak dapat menggerakkan otot-ototnya untuk berdiri mahupun duduk.

 

NAFAS DAN PELUANG BARU BUAT ADIK ADAM

Bulan Ramadan kian menjelang tiba. Semua umat Islam tidak kira tua atau muda pasti menantikan kedatangan bulan ini untuk menyambutnya dengan gembira. 

Begitu juga dengan adik Adam. Hasrat setiap anak kecil ingin ke masjid bersama kawan-kawan untuk berbuka puasa, menunaikan solat terawih, dan menjamu mata di bazar Ramadan. Sudah tentu dia mempunyai hasrat yang sama.

Malangnya buat adik Adam, dia tidak dapat merasai suasana itu kerana tidak dapat berjalan atau berdiri seperti orang lain dan memerlukan bantuan kerusi roda untuk bergerak. 

“Saya hanya mahu lihat anak saya gembira dan dapat bermain dengan kawan-kawannya seperti kanak-kanak yang lain”, luah ibu Adam.

JOM KONGSI REZEKI

Kejadian yang menimpa adik Adam sedikit sebanyak telah menambah beban kepada kedua ibu bapanya yang hanya kerja membawa lori dan berniaga sahaja. 

Sudah tentu pendapatan yang diperolehi mereka tidak cukup untuk menampung perbelanjaan rawatan dan keperluan adik Adam. 

Kesusahan buat keluarga mereka adalah peluang bagi kita. Mari kita mengambil peluang di bulan yang penuh rahmat ini untuk bersama-sama meringankan beban yang ditanggung serta menghidupkan suasana Ramadan mereka. 

Anda boleh pilih pakej di bawah untuk kirimkan Ramadan terindah buat adik Adam dan keluarganya.

TABUNG MYHEART RM500

TABUNG MYHEART RM200

TABUNG MYHEART RM100

TABUNG MYHEART RM50

TABUNG MYHEART RM30

InsyaAllah, sebahagian rezeki yang anda kongsi akan dilipat gandakan ganjarannya oleh Allah S.W.T. 

 

Let's be part of us in this project

May Allah S.W.T rewards you [with] goodness. Support by sharing this campaign with others:
THE STORY OF US

We exist to create a better world by touching many hearts one at a time.

MyFundAction is a non-profit organization runs by Youth that embraces love and passion through volunteerism and entrepreneurship.

SH-G-26, Pangsapuri Perkhidmatan Knox Wawasan, Jalan Sungai Burung 32/68, Seksyen 32, Bukit Rimau, 40460 Shah Alam, Selangor, Malaysia.
© All Rights Reserved 2021 · MyFundAction · Reg No : PPM-006-14-07052014

Support Genetik Campaign Now

May Allah S.W.T rewards you [with] goodness.
(PPM-006-14-07052014)