Puan Azizah sebak bila mengenangkan kisah mula-mula anaknya, Muhammad Athif Fahri didiagnos Spinal Muscular Athrophy atau penyakit genetik otot-saraf.
Mengimbau kembali ketika Puan Azizah mengandungkan Athif, semuanya normal. Ketika melahirkan Athif di Hospital UIA Kuantan, kebanyakan doktor mengatakan bahawa keadaan Athif normal.
Tapi apakan daya, Allah Maha Berkuasa. Ada seorang doktor yang melihat keadaan Athif tak seperti bayi yang lain kerana dia kelihatan sangat lemah.
“Ubat yang Athif perlukan dah habis sebab stoknya limited untuk 10 orang pesakit sahaja,” cerita Puan Azizah.
Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) mencadangkan untuk beri ubat makan yang berjumlah RM40,000 terlebih dahulu sementara menunggu ubat cucuk yang jauh lebih mahal.
Tetapi dalam 2 minggu yang lepas, Athif tidak dapat menggerakkan tangan dan kakinya dan terpaksa minum susu menggunakan tiub.
Air liurnya mula meleleh dengan banyak kerana tidak mempunyai keupayaan untuk menelan. Doktor sarankan untuk dapatkan ubat tersebut dengan segera!
“Prestasi kesihatan Athif semakin teruk. Jika Athif lambat dapat ubat, dia berkemungkinan lumpuh sepenuhnya dan ada risiko tinggi kematian!” sebak Puan Azizah.
Jom warga jiwa baik!
Kita kurangkan derita yang Athif tanggung boleh? Mesti seronok dapat tengok Athif membesar macam bayi-bayi yang lain kan?
Anda juga boleh salurkan sokongan anda melalui:
Nama Akaun: PERTUBUHAN KESIHATAN JANTUNG MALAYSIA (MYHEART)
Bank: MAYBANK
No. Akaun: 562142423145
Rujukan: ATHIF
We exist to create a better world by touching many hearts one at a time.
MyFundAction is a non-profit organization runs by Youth that embraces love and passion through volunteerism and entrepreneurship.