MyFundAction

Ongoing

Tabung Genetik: Khayla Teringin Berjalan Tapi Hanya Mampu Duduk Dan Baring

Health Accessibility Campaign

Bantu Adik Khayla Biayai Kos Pembedahan Tulang Rapuh

IBU PATAH HATI LIHAT ANAK MENANGIS KESAKITAN

Khayla Adha Mirza, 6, diuji dengan penyakit ‘Osteogenesis Imperfecta’ iaitu sejenis penyakit genetik yang menyebabkan tulang seseorang menjadi rapuh. Disebabkan oleh penyakit itu, pergerakan adik Khayla sangat terbatas dan hanya mampu duduk atau baring sahaja.

Ibunya, Khairol Niza Zaffarullah Khan, 42 berkata yang kaki Khayla kerap patah sama ada pada kaki kanan mahupun kiri. 

“Mak mana yang tak patah hati bila tengok kaki anak kerap patah. Saya dah tak larat nak menangis. Saya hanya mahukan yang terbaik untuk dia. Khayla dapat berdikari sendiri pun dah cukup baik dah.” luah Niza.

Sebagai seorang kanak-kanak, sudah tentu dia mahu seronok bermain bersama kawan-kawannya tapi apakan daya, penyakit dialami tidak mengizinkannya untuk bergerak terlalu banyak kerana risau akan risiko berlakunya kepatahan.

RM70,000 DIPERLUKAN BAGI PEMBEDAHAN ADIK KHAYLA

Bagi membantu adik Khayla, satu pembedahan memasukkan besi ke dalam tulangnya terpaksa dilakukan bagi mengurangkan kepatahan serta membantu Adik Khayla untuk berdiri. 

Pembedahan tersebut memakan kos yang sangat besar iaitu RM140,000!

Alhamdulillah, separuh daripada jumlah RM140,000 tersebut akan dibantu oleh Media Prima. Kini, hanya RM70,000 sahaja yang diperlukan bagi pembedahan adik Khayla. Namun begitu, RM70,000 masih sebuah nilai yang besar yang harus ditanggung mereka

Sudah semestinya ibu bapa adik Khayla akan terbeban dengan perkara ini kerana mereka hanya bekerja sebagai peniaga jalanan sahaja. Pendapatan yang diperolehi hasil perniagaan ibu bapa Khayla tidak mampu menampung kos pembedahan serta rawatan susulan yang diperlukan oleh adik Khayla

“Sayu sangat lihat keadaan Khayla tapi apa boleh kami buat? Kami hanya mampu berdoa mengharapkan penyakitnya sembuh suatu hari nanti.” luah Puan Niza.

JOM KONGSI REZEKI

Bersempena bulan Ramadan ini, ayuh kita bersama-sama bantu biayai kos pembedahannya dengan berkongsi sebahagian daripada rezeki kita. 

Jadikan penderitaan yang ditanggung adik Khayla dan keluarganya sebagai satu peluang bagi kita merebut ganjaran pahala daripada Allah S.W.T

Mari kita ukir senyuman indah pada wajah si cilik ini supaya dia dapat membesar dengan normal seperti kanak-kanak yang lain. 

Kirimkan hadiah di bulan Ramadan yang mulia buat keluarga ini dengan rezeki yang anda kongsikan:

TABUNG MYHEART RM500
TABUNG MYHEART RM200
TABUNG MYHEART RM100
TABUNG MYHEART RM50
TABUNG MYHEART RM30

 

Untuk bantuan secara manual/transfer/CDM boleh bank in ke akaun di bawah.

Bank : Maybank

Nama : Pertubuhan Kesihatan Jantung Malaysia (MyHeart)

No akaun : 562142423145

Reference : Khayla Adha

Let's be part of us in this project

May Allah S.W.T rewards you [with] goodness. Support by sharing this campaign with others:
THE STORY OF US

We exist to create a better world by touching many hearts one at a time.

MyFundAction is a non-profit organization runs by Youth that embraces love and passion through volunteerism and entrepreneurship.

SH-G-26, Pangsapuri Perkhidmatan Knox Wawasan, Jalan Sungai Burung 32/68, Seksyen 32, Bukit Rimau, 40460 Shah Alam, Selangor, Malaysia.
© All Rights Reserved 2021 · MyFundAction · Reg No : PPM-006-14-07052014

Support Genetik Campaign Now

May Allah S.W.T rewards you [with] goodness.
(PPM-006-14-07052014)