Boleh Bantu Adik Khayla Dapatkan Kaki Baru?
Hai Assalamualaikum dan selamat sejahtera, awak apa khabar? Moga-moga awak berada dalam kesihatan yang sempurna, bahagia & gembira bersama keluarga serta sahabat yang tercinta.
Beberapa hari lepas, kami bertemu dengan Adik Khayla Adha. Setiap patah kata yang diluahkan kepada kami membuatkan air mata kami menitis mengenangkan betapa beratnya ujian yang digalas adik kecil ini.
Ketika Khayla masih dalam kandungan (6 bulan), doktor yang melakukan ultrasound scan memberitahu ibu Khayla yang kaki kiri Khayla tidak kelihatan.
Apabila imbasan kedua dilakukan pada bulan ke-8, barulah kaki kirinya kelihatan tetapi tidak normal seperti bayi yang lain. Pada waktu itu, doktor mengesahkan yang Khayla menghidap Osteogenesis Imperfecta, satu kecelaruan genetik yang menyebabkan tulang menjadi rapuh.
Yup, belum lahir lagi doktor dah sahkan yang adik Khayla akan menghidap penyakit yang akan menafikan kemampuannya untuk berdiri, bermain & berlari seperti kanak-kanak yang lain.
Bahkan duduk pun perlu berhati-hati!
Kerapuhan pada tulang kakinya menyebabkan kakinya berulang-ulang kali patah disebabkan gerakan yang sederhana. Ketika kami datang melawat baru-baru ni pun, tulang kakinya baru patah di bahagian peha dan pergelangan kakinya.
Sedih kan?
Disebabkan itu, doktor mencadangkan supaya adik Khayla menjalani pembedahan untuk memasukkan besi kedalam kakinya untuk mengurangkan risiko patah & membolehkan dia berdiri semula.
Dan kos untuk pembedahan, besi serta ubat-ubatan selepas pembedahan mencecah RM140,000.
Sebab itu adik Khayla perlukan bantuan kita semua.
Dari Abu Hurairah dia berkata, Rasulullah SAW bersabda:
“Barangsiapa yang membantu seorang muslim (dalam) suatu kesusahan di dunia maka Allah akan menolongnya dalam kesusahan pada hari kiamat. Dan barangsiapa meringankan (beban) seorang muslim yang sedang kesulitan maka Allah akan meringankan (bebannya) di dunia dan akhirat.” – (HR Muslim)
Jom kita sama-sama bantu ringankan beban keluarga adik Khayla Adha ini supaya dia dapat menjalani kehidupan yang normal seperti saya, awak dan adik-adik kita yang lain.
We exist to create a better world by touching many hearts one at a time.
MyFundAction is a non-profit organization runs by Youth that embraces love and passion through volunteerism and entrepreneurship.