Ongoing

Tabung Genetik: "Yang Lumpuh Itu Badan Saya, Bukan Semangat!" - Nazmi

Health Accessibility Campaign

Bantu realisasikan impian Nazmi

HARAPAN NAZMI MENJADI ATLET PARALIMPIK CATUR

Nazmi atau lebih mesra digelar Nami, berusia 23 tahun merupakan seorang pesakit ‘Spinal Muscular Atrophy’, SMA type 2. Dia disahkan menghidap penyakit ini ketika umurnya 7 tahun selepas dia kerap jatuh akibat kakinya mulai lemah. 

Semenjak itu, Nami tidak lagi mampu berjalan dan hanya bergantung kepada bantuan kerusi roda untuk bergerak. Walaupun lumpuh sepanjang hayat, semangatnya tetap utuh berkat nasihat daripada ibunya yang sentiasa bermain di kepalanya.

“Mak nak, selagi Nami masih hidup, Nami jadi sebaik-baik manusia, supaya semua orang akan kenal Nami”, pesan ibunya. 

Nami telah buktikan bahawa lumpuh separuh badan bukanlah penghalang sesuatu impian. Buktinya,  dia berjaya menjadi seorang atlet paralimpik Malaysia dan pernah mewakili Malaysia di temasya Sukan Sea 2017 dalam sukan catur. Kini Nami sedang gigih berlatih untuk SUKMA.

MEMERLUKAN SOKONGAN ORANG RAMAI

Remaja kurang upaya yang bersemangat ini menyimpan harapan yang besar. Tetapi penyakit yang dialaminya itu sedikit sebanyak telah menjadi satu benteng penghalang untuk dia terus mencapai impiannya. Jadi, Nami sangat memerlukan sokongan daripada orang ramai. 

Berikutan keadaanya yang hanya ada kalanya berkerusi roda dan ada kalanya terbaring sahaja di atas katil, Nami kini sangat memerlukan sebuah katil automatik kerana katilnya yang digunakan sekarang telah berusia 20 tahun dan menunggu masa sahaja untuk roboh. 

Bukan itu sahaja, berat Nami sekarang sudah mencapai 80 kg dan ibunya pula sudah semakin berumur. Pasti sukar untuk ibunya mengangkatnya naik ke atas katil. Jadi Nami sangat memerlukan sebuah alat pengangkat.  

JOM KONGSI REZEKI 

Nami memerlukan sebanyak RM10,000 bagi menampung kos perbelanjaan keperluannya dan rawatannya. Nilai yang besar ini sudah pasti akan menambah beban kepada ibunya, Puan Midah yang hanya berniaga kecil-kecilan. 

Nami mempunyai potensi untuk pergi jauh sebagai atlet paralimpik negara ditambah pula usianya yang masih muda.

“Saya yakin, Allah menciptakan saya bukanlah satu perkara yang sia-sia. Saya akan manfaatkan hidup saya dan menjadi seorang manusia berguna walaupun seorang yang kurang upaya”, ujarnya dengan bersemangat. 

Ayuh kita kirimkan hadiah buat Nami dengan harapan dirinya dapat terus kuat dan bersemangat untuk meneruskan hidupnya serta mencapai impian yang diidamkannya. Kongsi sebahagian daripada rezeki anda bersama Nami sekeluarga.

TABUNG MYHEART RM500
TABUNG MYHEART RM200
TABUNG MYHEART RM100
TABUNG MYHEART RM50
TABUNG MYHEART RM30

 

Untuk bantuan secara manual/transfer/CDM boleh bank in ke akaun di bawah.

Bank : Maybank

Nama : Pertubuhan Kesihatan Jantung Malaysia (MyHeart)

No akaun : 562142423145

Reference : Nazmi

Let's be part of us in this project

May Allah S.W.T rewards you [with] goodness. Support by sharing this campaign with others:
THE STORY OF US

We exist to create a better world by touching many hearts one at a time.

MyFundAction is a non-profit organization runs by Youth that embraces love and passion through volunteerism and entrepreneurship.

SH-G-26, Pangsapuri Perkhidmatan Knox Wawasan, Jalan Sungai Burung 32/68, Seksyen 32, Bukit Rimau, 40460 Shah Alam, Selangor, Malaysia.
© All Rights Reserved 2021 · MyFundAction · Reg No : PPM-006-14-07052014

Support Genetik Campaign Now

May Allah S.W.T rewards you [with] goodness.
(PPM-006-14-07052014)