SELAMATKAN AKIDAH MUSLIM KOREA

Perjalanan orang bukan Islam selepas memeluk Islam adalah fasa mencabar dan penting bagi mereka.

Setiap daripada mereka berhadapan dengan cabaran keluarga yang menghalang, suasana yang Islamnya golongan minoriti, ilmu pengetahuan dan kewangan.

Antara cabaran yang sukar bagi mereka adalah ilmu berkaitan Islam yang penting untuk pembangunan dan pembinaan iman.

Apa pun cabarannya, mereka adalah tanggungjawab kita untuk meraikan perkara yang baharu dalam hidup mereka di fasa awal memeluk Islam.

Perasaan malu dan ingin menyendiri adalah kesan daripada ketidak prihatinan kita untuk menyelesaikan isu di kalangan saudara baru kita ini. Jika dibiarkan tanpa perhatian kita, mereka akan menjauh dan menyesal memeluk Islam.

Dengan kita menyokong usaha pendidikan islam yang sebenar untuk mereka, ini akan menguatkan lagi keyakinan dan pengetahuan mereka tentang Islam.

 

 

Program yang lepas, Projek Kotak Haengbok berjaya diedarkan kepada orang Korea Muslim sebagai tanda meraikan mereka masuk Islam.

Jadi, pada bulan March akan datang, MyFuundAction bersama pelajar Universiti Utara Malaysia (UUM) akan mengadakan program istimewa bersama Muslim Korea yang baru memeluk Islam.

Antara aktiviti yang diadakan termasuklah

  1. Beramah mesra bersama masyarakat Muslim Korea
  2. Edaran Kotak Haengbok
  3. Melawat Masjid Seoul 

Ini lah masanya, anda menjadi sebahagian daripada projek kami. Gembirakan mereka dengan Kotak Haengbok dan berkongsi pengetahuan Islam di Korea Selatan. Kotak Haengbok diisi dengan

  1. Alquran terjemahan
  2. Tudung
  3. Sejadah solat
  4. Kopiah

Dengan sokongan anda, aktiviti dakwah di sana dapat dilaksanakan dengan meriahnya.

Semoga Allah menerima usaha murni ini dan mendapat manfaat yang berpanjang bermanfaat untuk mereka mengenal Islam di seluruh bumi dan dikurniakan syurga tertinggi In Sha Allah.

Let's be part of us in this project

May Allah S.W.T rewards you [with] goodness. Support by sharing this campaign with others:
THE STORY OF US

We exist to create a better world by touching many hearts one at a time.

MyFundAction is a non-profit organization runs by Youth that embraces love and passion through volunteerism and entrepreneurship.

SH-G-26, Pangsapuri Perkhidmatan Knox Wawasan, Jalan Sungai Burung 32/68, Seksyen 32, Bukit Rimau, 40460 Shah Alam, Selangor, Malaysia.
© All Rights Reserved 2021 · MyFundAction · Reg No : PPM-006-14-07052014

Support Haengbok Box Campaign Now

May Allah S.W.T rewards you [with] goodness.
(PPM-006-14-07052014)