MyFundAction

Cabaran Muslim di Korea Ketika Bulan Ramadan

Menurut Korea Muslim Federation (KMF), sehingga tahun 2022, jumlah Muslim di Korea Selatan sangat minoriti hanya sekitar 0.4%.

Jadi, sebagai seorang muslim di Korea Selatan, ia adalah satu cabaran buat mereka khususnya pada bulan Ramadan.

  • Ada majikan yang tidak benarkan mereka untuk solat ketika waktu bekerja
  • Ketika bulan puasa, muslim terpaksa bekerja 10 jam kerana waktu tak dipendekkan.
  • Restoran yang mendapat sijil halal sangat sukar dijumpai kecuali di Itaewon dan Seoul.
  • Sebahagian daripada mereka merasakan hijab adalah satu bebanan dan menyekat kebebasan wanita dan mereka dipaksa untuk memakainya.

Walaupun bilangan mereka sikit, penuh diskriminasi dan sukar mengamalkan ajaran Islam, namun, ia bukan penghalang bagi muslim di Korea untuk mengejar fadhilat bulan Ramadan yang penuh barakah dengan mengamalkan ajaran Islam tanpa ada batasan.

Rebut Pahala Berganda Di Bulan Ramadan Dengan Hadiahkan Haengbok Box

Sejak Korea Selatan membuka pintu sempadan kepada pelancong Islam, dakwah Islam di Korea semakin berkembang.

Jadi, MyFundAction mengambil inisiatif untuk sebarkan dakwah di Korea dengan kirimkan ‘Haengbok Box’ buat mualaf dan juga mereka yang berminat mempelajari Islam.

Projek ‘Haengbok Box’ (Kotak Kebahagiaan) mengandungi:

  1. Al Quran dengan terjemahan dalam Bahasa Korea 
  2. Telekung
  3. Sejadah 
  4. Tudung
  5. Kopiah

Penerima Haengbok Box ini juga akan menerima pakej Fardhu Ain dan Quran secara percuma.

Melalui projek ini, mereka dapat memudahkan saudara kita untuk mengenali Islam dengan lebih baik.

Usaha yang dilakukan ini adalah dengan kerjasama beberapa pusat Islam di Korea bagi membantu muslim dan mualaf di Korea Selatan.

Jadi sempena Ramadan ini, kirimkan Kotak Haengbok istimewa buat mualaf dan muslim di Korea.

Semoga usaha ini dapat mempersiapkan diri mereka menjadi Muslim yang terbaik bukan sahaja di bulan mulia tersebut malah pada bulan-bulan yang lain.

Nota Akad Wakaf:

Saya mewakafkan sejumlah wang RM ____ atas nama _____ bagi projek Dakwah Islam di Korea oleh MyFundAction lillahi Taala. 

 

May Allah S.W.T rewards you [with] goodness. Support by sharing this campaign with others:
THE STORY OF US

We exist to create a better world by touching many hearts one at a time.

MyFundAction is a non-profit organization runs by Youth that embraces love and passion through volunteerism and entrepreneurship.

SH-G-26, Pangsapuri Perkhidmatan Knox Wawasan, Jalan Sungai Burung 32/68, Seksyen 32, Bukit Rimau, 40460 Shah Alam, Selangor, Malaysia.
© All Rights Reserved 2021 · MyFundAction · Reg No : PPM-006-14-07052014

Support Haengbok Box Campaign Now

May Allah S.W.T rewards you [with] goodness.
(PPM-006-14-07052014)