“Islamophobia dan diskriminasi berlaku dengan sangat banyak dan teruk!”
Tak dinafikan Korea merupakan sebuah negara yang mempunyai penganut agama Islam yang merupakan minoriti di sana.
Namun, bilangan muslim di Korea semakin berkembang sejak pintu sempadan telah dibuka bagi pelancong Islam
Sebenarnya, bukan mudah untuk seorang muslim apatah lagi saudara baru untuk teruskan kehidupan di Korea.
Media-media barat dan Korea pula menyebarkan info palsu tentang Islam menyebabkan ramai yang salah anggap dengan mereka yang beragama Islam.
Jadi, MyFundAction ingin mengajak anda untuk kita sama-sama berikan sokongan untuk sauadara kita tetap teguh dalam Islam terutamanya di bulan Ramadan yang mulia ini.
Kami di MyFundAction telah menyediakan kotak asas buat saudara baru iaitu Haengbok Box (행복 Haengbok = Kegembiraan).
Kami turut menyediakan kelas-kelas percuma Iqra, Al-Quran dan Fardu Ain buat mereka.
Bulan Ramadan merupakan bulan untuk kita latih diri gandakan amal ibadah dan tanam sifat pemurah.
Inilah peluang bagi kita untuk rebut ganjaran berganda dan memanfaatkan bulan ini sebanyak mungkin dengan berwakaf atas projek Haengbok Box.
Kirim Haengbok Box terindah buat saudara kita di Korea sempena bulan mulia Ramadan. Semoga ini menjadi pembakar semangat untuk mereka terus menjadi Muslim yang terbaik.
RM50 – Pakej Saranghae (Tanda sokongan jika anda menyukai idea projek ini)
RM100 – Pakej Quran Hangeul (Wakaf untuk sebuah Quran terjemahan bahasa Korea)
RM270 – Pakej Haengbok (Wakaf untuk 1 set lengkap Haengbok Box)
RM500 – Pakej Educational Empowerment (Wakaf bagi membiayai kelas-kelas dan aktiviti dakwah di Korea)
Firman Allah SWT dalam Surah Al-Hadid, ayat 18:
“Sesungguhnya orang yang berwakaf baik lelaki mahupun perempuan dan meminjamkan kepada Allah pinjaman yang baik, niscaya akan dilipat-gandakan (ganjaran) kepada mereka dan pahala yang banyak.”
We exist to create a better world by touching many hearts one at a time.
MyFundAction is a non-profit organization runs by Youth that embraces love and passion through volunteerism and entrepreneurship.