MyFundAction

Awak Boleh Bantu Lee Geum Oh Mengaji?

 

Hai assalamualaikum dan selamat sejahtera 😊

 

Awak apa khabar? Ibu ayah, keluarga, anak-anak awak semua sihat? Bukan apa, sekarang ni cuaca tak menentu, ramai yang demam on-off. Moga awak sekeluarga sihat-sihat selalu.

 

Anyway, awak kenal tak Lee Geum Oh?

 

Lee Geum Oh ni artis kumpulan K-Pop mana pulak ni? 

 

Haha. Bukan, Lee Geum Oh ni bukanlah artis K-Pop. Orang Korea biasa je. Walaupun dia tak terkenal dekat dunia, tapi mungkin dia sedang menjadi bualan malaikat-malaikat di langit sana.

 

Sebab apa?

 

Lee Geum Oh ni baru je memeluk Islam beberapa bulan yang lepas. Lepas beberapa tahun dalam dilema, beberapa tahun mengkaji dan mendalami, akhirnya Lee Geum Oh kembali kepada Islam.

 

Seronok kan bila dengar ada orang yang kembali kepada Islam? Rasa happy sangat-sangat-sangat!

 

Tapi kita ada tanggungjawab yang besar ni . Bila ada saudara baru, mereka memerlukan sokongan daripada kita. Support system bagi mualaf di negara lain tak sama macam Malaysia. 

 

Bila mereka masuk Islam, mereka terpaksa berusaha sendiri. Dahlah disisihkan oleh keluarga dan rakan-rakan lama, nak belajar perihal agama pun sukar.

 

Sebab itu ada sebahagian yang buat keputusan untuk murtad selepas beberapa tahun memeluk agama Islam. Mereka tak dapat memahami dan mendalami ajaran Islam yang sebenar sebab mereka keseorangan.

 

Sedih kan?

 

Sebab itu kita tak mahu situasi ini terjadi lagi.

 

Kita nak bantu Lee Geum Oh dan kawan-kawan yang lain untuk belajar tentang Islam. Kita nak ajar mereka mengaji al-Quran, solat dan ilmu-ilmu fardu ‘ain yang lain.

 

In fact, kita dah rancang 4 program teras sehingga tahun 2024 untuk komuniti muslim baru di Korea. Daripada program untuk mereka yang berusia, sehinggalah untuk generasi kedua muslim disana. 

 

Dan untuk menjayakan program ini, kami perlukan bantuan awak dan kawan-kawan yang lain untuk sediakan Haengbok Box untuk mereka. 

 

 

 

 

Dalam Haengbok Box ni nanti, ada:

 

  1. Al Quran (berserta terjemahan Korea)
  2. Telekung
  3. Sejadah
  4. Tudung
  5. Kopiah 

*termasuk kelas bimbingan Islam secara percuma kepada mereka setiap minggu.

 

Yup, semua barangan dalam kotak ini adalah barangan harian yang setiap Muslim akan guna. Berapa banyak pahala kita dapat kalau kita hadiahkan barangan ni buat saudara baru kita kan?

 

Lagi-lagi Al-Quran sangat terhad di sana. Bahkan Lee Geum Oh pun belum punya salinan asal Al Quran lagi.

 

Kami ingin berikan mereka Al Quran yang dicetak di luar Korea.
Al Quran ini diterjemahkan oleh warga Muslim Korea yang tinggal di Indonesia.

 

 

Dari Abu Hurairah r.anh, Rasulullah SAW pernah bersabda:

“Sesungguhnya yang didapati oleh orang yang beriman dari amalan dan kebaikan yang ia lakukan setelah ia mati adalah: (1) Ilmu yang ia ajarkan dan sebarkan. (2) Anak soleh yang ia tinggalkan. (3) Mushaf Al-Qur’an yang ia wariskan. (4) Masjid yang ia bangun. (5) Rumah bagi ibnu sabil (musafir yang terputus perjalanan) yang ia bangun (6) Sungai yang ia alirkan. (7) Sedekah yang ia keluarkan dari harta ketika ia sihat dan hidup. Semua itu akan dikaitkan dengannya setelah ia mati.” (HR. Ibnu Majah no. 242)

 

Bahkan pahala itu akan mengalir, walaupun kita telah meninggal dunia.

Jom  hadiahkan al-Quran untuk Lee Geum Oh dan saudara-saudara baru kita. Awak boleh pilih mana-mana dekat bawah ni untuk hadiahkan al-Quran buat mereka.

 

Oh ya, kalau awak nak contribute secara berkala setiap bulan pun boleh tau. Nanti lepas klik, awak boleh pilih option untuk contribute secara konsisten setiap bulan.

 

Lagi mudah kan macam tu? 

 

Tak payah nak fikir-fikir dah, sekali setup je terus dapat hadiahkan al-Quran setiap bulan pada mereka yang memerlukan.

 

By the way, terima kasih awak. Terima kasih sebab sudi baca sampai habis mesej yang panjang ini. Kami doakan, semoga awak dan keluarga sentiasa sihat, diberkati umurnya & dimurahkan rezekinya lagi dan lagi.

 

Jumpa lagi  🙂

 

Let's be part of us in this project

May Allah S.W.T rewards you [with] goodness. Support by sharing this campaign with others:
THE STORY OF US

We exist to create a better world by touching many hearts one at a time.

MyFundAction is a non-profit organization runs by Youth that embraces love and passion through volunteerism and entrepreneurship.

SH-G-26, Pangsapuri Perkhidmatan Knox Wawasan, Jalan Sungai Burung 32/68, Seksyen 32, Bukit Rimau, 40460 Shah Alam, Selangor, Malaysia.
© All Rights Reserved 2021 · MyFundAction · Reg No : PPM-006-14-07052014

Support Haengbok Box Campaign Now

May Allah S.W.T rewards you [with] goodness.
(PPM-006-14-07052014)