Jumlah Muslim di Jepun semakin meningkat tahun demi tahun.
Baru-baru ini seramai 25 orang pelajar universiti bukan Islam telah datang ke program pengenalan Islam di Masjid Shizuoka.
Apa yang membuatkan kami tersentuh apabila salah seorang yang hadir telah mengucapkan syahadahnya yang pertama. Allahu Akbar!
Berita ini membuatkan kami lebih berkobar-kobar untuk bantu luaskan misi dakwah di Asia Timur.
Seiring dengan firman Allah SWT:
Dan jika ada kaum musyrik meminta perlindungan, maka lindungilah agar dia dapat mendengar firman Allah (belajar tentang hakikat Islam)
– Surah At-Taubah ayat 6
Oleh itu, kami membuka peluang kepada Tuan/ Puan untuk bersama dalam misi dakwah ini.
Antara usaha kecil yang sedang kami lakukan untuk menyalurkan bantuan dan sokongan kepada saudara baru di Jepun:-
#1 Pemberian hadiah untuk saudara baru – Hadiah ini berupa set Al-Quran terjemahan bahasa Jepun dan set pakaian solat.
Ini kerana harga Al-Quran sangat mahal dan pakaian solat sukar didapatkan di sana.
Sehingga kini, 500 set Hikari Box telah diedarkan kepada mualaf di Jepun.
#2 Kelas Quran Percuma dari Malaysia – Membaca dan menghafal ayat Quran bukan mudah buat yang baru nak berjinak-jinak pelajari Islam.
Atas permintaan, kami adakan kelas ini secara atas talian disebabkan ada yang tinggal jauh dari masjid dan tidak mempunyai tenaga pengajar yang mencukupi di masjid.
#3 Naik taraf fasiliti dan program kesedaran Islam di Masjid Jepun – Untuk menarik minat warga Jepun, kami membantu masjid-masjid di sana untuk naik taraf kemudahan dan mengadakan program kesedaran Islam.
“Ada yang takut masuk Islam sebab identiti terrorist yang disebarkan media, ada juga yang takut kerana merasakan banyak larangan dalam Islam dan ada yang takut hilang identiti Jepun.”
– Pendakwah di Jepun
Apa yang mereka takutkan itu adalah tidak benar sama sekali. Maka, menjadi tugas kita untuk menyampaikan kebenaran kepada mereka.
Tuan/ Puan boleh niatkan wakaf tersebut atas nama ibu bapa. Kami sarankan Tuan/Puan memilih pakej RM 60 untuk 2 lot wakaf dan niatkan atas nama mereka.
Semoga ganjaran pahala berterusan buat ibu bapa anda asbab dari wakaf yang dihadiahkan. Amin
We exist to create a better world by touching many hearts one at a time.
MyFundAction is a non-profit organization runs by Youth that embraces love and passion through volunteerism and entrepreneurship.