MyFundAction

Ongoing

Hikari Box

Uplifting Education Campaign

Nak Tolong Selamatkan Saudara Kita di Jepun?

 

Rasa sayu bila mengenangkan yang Ramadan tahun ini hampir berakhir. Dah tak lama, tinggal 5 hari je lagi.

 

Terasa macam Ramadan berbisik perlahan pada telinga,

 

“I’m leaving soon, but take care of your Iman, my dear. And don’t forget the House of Allah, and the spirit of charity and gentleness, and your fervor in seeking for Allah when I’m gone ok?” – Ramadan

 

Di penghujung Ramadan ni, teringat dengan saudara-saudara kita yang baru memeluk Islam di Jepun. Selalu kita cerita tentang keadaan muslim di Afrika, Syria dan negara-negara susah yang lain, tapi sebenarnya mualaf di negara Jepun pun struggle untuk survive juga cuma dalam keadaan yang berbeza.

 

Awak tahu tak, tak sampai 1% daripada jumlah populasi masyarakat yang berada di Jepun adalah muslim.

 

Yup, memang sangat-sangat minoriti.

 

Dan disebabkan bilangan mereka yang sedikit, sukar untuk mereka istiqamah mengamalkan ajaran Islam tanpa sokongan dan bantuan kita.

 

Yang paling menyedihkan, hampir setiap bulan kita menerima berita tentang sebahagian saudara baru kita yang putus asa dan meninggalkan Islam semula.

 

Setiap kali kami terima berita ini kan, kami akan rasa bersalah. Kami cuba cari cara untuk membantu saudara-saudara kita yang tengah struggle dekat sana. Kita tak nak biarkan mereka berputus asa.

 

Kita nak mereka tahu yang kita ada bersama dengan mereka.

 

 

Setelah beberapa siri perbincangan dengan komuniti Muslim disana, kita dah buat keputusan untuk membantu mereka dengan menyediakan Hikari Box.

 

 

Apa itu Hikari Box?

 

 

Hikari Box ni adalah kotak ‘essential kit’ for muslim.

 

 

Dalam Hikari Box ni ada:

  1. Telekung
  2. Al-Quran berserta terjemahan Bahasa Jepun
  3. Tasbih digital
  4. Sejadah
  5. Buku panduan muslim
  6. Majalah

 

 

Semua item ini adalah hasil perbincangan bersama komuniti Muslim disana dan senarai inilah yang dirasakan perlu untuk mereka yang baru memeluk agama Islam.

 

 

Awak sudi tak untuk selamatkan saudara muslim kita disana?

 

 

Supaya mereka tidak lagi putus asa untuk beramal.

 

 

Supaya mereka tidak lagi rasa sukar untuk memahami isi al-Quran.

 

 

Supaya mereka tidak lagi keluar daripada agama yang kita cinta ini.

 

 

Cuba awak bayangkan, sedikit yang awak kongsikan hari ini dimanfaatkan oleh penerima Hikari Box ini. Al-Quran itu diulang-ulang baca, sejadah yang ada digunakan bertahun-tahun lamanya, telekung dimanfaat sepenuhnya.

 

 

Mudah-mudahan pahala atas setiap amal yang dilakukan itu, ada bahagiannya buat kita nanti.

 

 

Moga Allah terima setiap amal kita di malam-malam terakhir ini. Moga Allah berikan kita taufiq & hidayah untuk beramal sebanyak-banyaknya pada Lailatul Qadar.

 

 

Amiin 🙂

Let's be part of us in this project

May Allah S.W.T rewards you [with] goodness. Support by sharing this campaign with others:
THE STORY OF US

We exist to create a better world by touching many hearts one at a time.

MyFundAction is a non-profit organization runs by Youth that embraces love and passion through volunteerism and entrepreneurship.

SH-G-26, Pangsapuri Perkhidmatan Knox Wawasan, Jalan Sungai Burung 32/68, Seksyen 32, Bukit Rimau, 40460 Shah Alam, Selangor, Malaysia.
© All Rights Reserved 2021 · MyFundAction · Reg No : PPM-006-14-07052014

Support Hikari Box Campaign Now

May Allah S.W.T rewards you [with] goodness.
(PPM-006-14-07052014)