PENANGAN PAU, BANTU UNTUK SARA KELUARGA
Diakui, berkat usaha dan juga tawakal setiap manusia mampu mengubah nasib hidup mereka. Bahkan, ada yang mampu keluar dari kepompong kemiskinan selepas berani keluarkan dari zon selesa mereka.
Persis seperti situasi yang dihadapi oleh Puan Suzalihar, usaha beliau akhirnya membuahkan hasil apabila perniagaan pau yang diniagakan memberikan pulangan yang lumayan.
Jelas wanita berusia 48 tahun itu, bantuan modal perniagaan daripada projek Ikhtiar Usahawan mampu memberikan hasil jualan pau mencecah sehingga RM1300 sebulan berbekalkan pengalaman berniaga yang Puan Suzalihar miliki.
Kejayaan ini tidak mampu dicapai setelah mendapat bantuan daripada MyFundAction di bawah projek Ikhtiar Usahawan yang telah banyak menyumbang dari segi modal serta peralatan perniagaan secara percuma.
“Saya tidak kaya, tapi Alhamdulillah, saya berjaya keluar dari kemiskinan”, luahnya.
BERMULA DENGAN JUALAN KECIL-KECILAN
Sebelum bangkit keluar dari kepompong kemiskinan, mesra disapa sebagai Kak Su menjelaskan pada mulanya dia hanya menjual lauk pauk. Namun, semenjak kerajaan mengumumkan PKP dan PKPD, beliau terpaksa berhenti berniaga.
Beliau berkeinginan untuk membuka gerai jualan makanan namun tidak mempunyai dana yang mencukupi untuk membeli semua peralatan yang diperlukan.
Lalu, kami memberi peluang kepada Kak Su untuk memulakan perniagaan kembali agar dengan bantuan itu dapat memastikan Kak Su menjana pendapatan yang cukup untuk sekeluarga.
Kami sedar bahawa para asnaf mempunyai kemahiran berniaga cuma mereka kekurangan modal, oleh itu projek Ikhtiar Usahawan ini dibuat bagi membantu para asnaf menjana pendapatan sendiri bahkan mampu mencipta peluang pekerjaan kepada orang lain kelak.
Modal perniagaan adalah RM5,000 merangkumi barangan jualan, kos premis perniagaan, bengkel latihan pengurusan gerai dan lain-lain.
AYUH SOKONG USAHA MURNI INI UNTUK BERIKAN KEHIDUPAN YANG LEBIH BAIK BUAT MEREKA YANG SEDANG DIUJI
Pakej 1 Orang Asnaf = RM50
Pakej 3 Orang Asnaf = RM150
Pakej 5 Orang Asnaf = RM250
Sekiranya anda menghadapi masalah untuk membuat pembayaran melalui BillpIz, anda boleh berkongsi rezeki secara manual melalui nombor akaun
MAYBANK |
We exist to create a better world by touching many hearts one at a time.
MyFundAction is a non-profit organization runs by Youth that embraces love and passion through volunteerism and entrepreneurship.