JUMLAH TERKUMPUL RM22,166 *jumlah terkumpul setakat 12/01/2023 BAKI DIPERLUKAN RM8,934 |
Nurul Hasnaa, 30 sebak bila terkenangkan momen Fayyadh, 2 memanggilnya ‘mama’ sewaktu dia masih sihat dan boleh bercakap.
Dia dan suami menerima tamparan hebat selepas anaknya menghidap penyakit paru-paru kronik dan ada sumbing di lelangit atau Cleft Palate.
Ketika Fayyadh berusia 21 hari, doktor di Hospital Tuanku Fauziah, Kangar Perlis terpaksa tebuk tekak Fayyadh atau buat rawatan Trakeostomi.
Selepas 6 bulan berada di ICU dan 5 bulan di wad biasa, Fayyadh dibenarkan untuk keluar hospital dan pulang ke rumah.
Tapi, Fayyadh masih perlu mendapatkan rawatan susulan di hospital dan menjalani terapi 3-4 kali sebulan.
Keadaan sekarang, Fayyadh masih perlu memakai tiub trakeostomi dan bergantung sepenuhnya dengan mesin sedut kahak.
Ini untuk membantunya mengeluarkan kahak agar dia dapat bernafas dengan lebih mudah.
Muhammad Hadif Fayyadh yang kini berusia 2 tahun 5 bulan, memerlukan RM31,100 bagi membeli:
Jom warga jiwa baik!
Kita bantu kurangkan beban yang keluarga ni tanggung boleh? Mesti seronok dapat tengok Fayyadh boleh menjalani kehidupan yang normal macam kanak-kanak lain.
Disclaimer: Kami mencadangkan untuk anda pilih Mesin Nebulizer RM300/unit bagi mengelakkan risiko kematian yang tinggi!
We exist to create a better world by touching many hearts one at a time.
MyFundAction is a non-profit organization runs by Youth that embraces love and passion through volunteerism and entrepreneurship.