Jantung Berlubang Punca Otak Bayi Mati

 

Momen indah meraikan kelahiran anak kedua keluarga kecil ini bertukar duka. Paras oksigen Sudaarshaan cuma 70% selepas dilahirkan. 

Doktor segera membawa Sudaarshaan di hospital pakar untuk pemeriksaan lanjut. Paling membimbangkan, oksigennya semakin menurun sehingga 60%!

Siapa sangka, dia disahkan menghidap penyakit jantung berlubang atau Venticular Septal Defect (VSD).

 

Dalam masa yang semakin suntuk, doktor memasang shunt atau tiub pada jantungnya untuk memudahkan aliran darah yang mengandungi oksigen sementara menunggu pembedahan jantung seterusnya.

Namun setelah beberapa hari, dia diserang sawan sehingga terpaksa diberikan rawatan CPR yang menyebabkan oksigen tidak sampai ke otak.

Luluh hati seorang ibu apabila doktor memberitahu otaknya seperti mati dan kini penglihatan Sudaarshaan semakin kabur hari demi hari.

“Menangis hari-hari pun kita tak tau apa dia nak. Dia sakit ke tak selesa, saya tak tahu,” sebak ibunya.

Sudaarshaan juga tidak boleh makan secara normal seperti kanak-kanak seusianya. Dia hanya minum susu formula melalui tiub bagi mengurangkan risiko jangkitan kuman pada mulut dan paru-parunya.

Tanpa susu, Sudaarshaan tidak dapat bertahan lama. Ringankan derita keluarga ini  dengan menyalurkan keperluan selama 12 bulan supaya dia boleh membesar dengan baik.  

KOS KEPERLUAN SUDAARSHAAN : $3,064

Susu Khas ($2,400+-) $20/tin

Lampin ($264+-) $11/paket

Keperluan Lain ($400+-) $10/bahagian

May Allah S.W.T rewards you [with] goodness. Support by sharing this campaign with others:
THE STORY OF US

We exist to create a better world by touching many hearts one at a time.

MyFundAction is a non-profit organization runs by Youth that embraces love and passion through volunteerism and entrepreneurship.

SH-G-26, Pangsapuri Perkhidmatan Knox Wawasan, Jalan Sungai Burung 32/68, Seksyen 32, Bukit Rimau, 40460 Shah Alam, Selangor, Malaysia.
© All Rights Reserved 2021 · MyFundAction · Reg No : PPM-006-14-07052014

Support We Care For You Campaign Now

May Allah S.W.T rewards you [with] goodness.
(PPM-006-14-07052014)