“Kami tak minta banyak, cukup hanya sedikit makanan.”
400,000 rakyat Yaman memikirkan benda yang sama. Tapi itulah sebenarnya realiti kemiskinan yang berlaku di sana.
Di Malaysia, kalau kita nak makan sesuatu, senang saja nak dapat. Jika nak disenaraikan, memang tak terkata. Banyak sangat pilihan kita..
Tapi, mereka di sana cuma ada dua pilihan saja, samada makan apa yang ada atau tak makan langsung.
Tambah pula, harga barang melambung naik. Roti yang merupakan makanan asas penduduk di sana pun menjadi terlalu mahal untuk didapatkan.
Kalau roti saja sudah mahal, macam mana pula dengan barangan lain? Bayi di sana ada yang kurus kering, terpaksa minum susu pekat manis saja dan si ibu pula tiada susu badan disebabkan kurangnya makanan yang sihat. Allahu..
Jadi, apa yang boleh kita buat? Mungkin dengan projek ‘Jaminan Makanan’ Yaman, sedikit sebanyak kita dapat ringankan beban penduduk di sana.
Projek Jaminan Makanan Yaman adalah satu inisiatif MyFundAction yang dilakukan di kawasan fokus iaitu daerah Salah.
Di sini ada lebih ramai penduduk yang terjejas. Melalui projek ini, MyFundAction akan mengagihkan 2 tin susu formula dan 1 kotak makanan beserta ‘supplement’ setiap bulan selama 6 bulan kepada 100 buah keluarga dan 100 kanak-kanak yang malnutrisi.
Sasaran projek:
Semua orang berhak mendapat makanan yang berkhasiat, tempat tinggal yang selamat dan kehidupan yang baik.
Inilah masanya buat mereka gembira. Bukan saja dapat mengisi perut mereka yang lapar bahkan dapat mengukir senyuman yang sudah lama pudar.
Kepada JIWA BAIK semua, mari kita teruskan berbuat baik dengan beri sokongan kepada projek Jaminan Makanan Yaman ini.
We exist to create a better world by touching many hearts one at a time.
MyFundAction is a non-profit organization runs by Youth that embraces love and passion through volunteerism and entrepreneurship.