MyFundAction

Ongoing

Hayati Erti Sebuah Pengorbanan Dengan QC4U

Food Security Campaign

Kongsi nikmat rezeki dengan PEK QURBAN

Laksanakan Ibadah Qurban Bersama MyFundAction

BERAPA ramai di antara kita yang mengambil peduli akan kesusahan hidup orang disekeliling kita?

Sedar atau tidak, masih ramai lagi insan yang diuji dengan dugaan yang berat. 

Makanan yang ada sudah menjadi satu kemewahan buat mereka.

Ibu bapa terpaksa mengikat perut asalkan anak-anak mereka tidak menangis kelaparan. Ada juga yang sudah bertahun-tahun tidak makan daging.

Jadi, MyFundAction mengambil inisiatif untuk membantu golongan ini dengan kempen Qurban Care For Ummah(QC4U).

 

 

Dari Daging Korban ke Pek Sedia Dimakan, Bersih Dan Mudah

Untuk pengetahuan semua, melalui QC4U, kita boleh berkongsi rezeki bukan sahaja dalam bentuk daging mentah tapi hidangan pek qurban yang enak.

Pada tahun ini sahaja, 700 daripada 1000 ekor lembu akan diproses menjadi pek qurban manakala selebihnya akan diagihkan kepada asnaf dalam bentuk daging mentah.

Pek qurban ini merupakan satu inovasi MyFundAction untuk memudahkan golongan penerima manfaat seperti asnaf, mangsa bencana dan lain-lain.

Malah, ia bersih dan mampu bertahan selama 2 tahun menggunakan teknologi ‘retort’ dan menjaga kualiti pek makanan tersebut.

 

 

Ayuh Kongsi Rezeki Bersama Mereka yang Memerlukan

Mari kita bersama-sama memberi manfaat kepada insan yang memerlukan dengan menaja pek qurban ini bersama MyFundAction 

Anda boleh pilih pakej seperti yang tertera di bawah: 

3 Pek Qurban – RM36

5 Pek Qurban – RM60

10 Pek Qurban – RM120

20 Pek Qurban – RM240

50 Pek Qurban – RM600

Ambil peluang ini untuk gembirakan mereka yang kurang bernasib baik. Jom cipta momen bermakna buat mereka sempena Aidiladha tahun ini.

Let's be part of us in this project

May Allah S.W.T rewards you [with] goodness. Support by sharing this campaign with others:
THE STORY OF US

We exist to create a better world by touching many hearts one at a time.

MyFundAction is a non-profit organization runs by Youth that embraces love and passion through volunteerism and entrepreneurship.

SH-G-26, Pangsapuri Perkhidmatan Knox Wawasan, Jalan Sungai Burung 32/68, Seksyen 32, Bukit Rimau, 40460 Shah Alam, Selangor, Malaysia.
© All Rights Reserved 2021 · MyFundAction · Reg No : PPM-006-14-07052014

Support Qurban Pack / RTE Campaign Now

May Allah S.W.T rewards you [with] goodness.
(PPM-006-14-07052014)