MyFundAction

Ongoing

Pek Sedia Dimakan, Penyelamat Ketika Tragedi Banjir

Food Security Campaign

Makanan bukan satu masalah lagi dengan pek qurban

MASIHKAH kita ingat dengan peristiwa banjir yang telah melanda beberapa buah negeri di Malaysia tahun lalu? 

17 ribu keluarga terjejas akibat bencana ini. Kehilangan harta benda jangan cakaplah, beribu-ribu rugi. Makanan? Susah sangat nak dapatkan sewaktu banjir.

Ramai di antara mereka yang terpaksa ditempatkan di Pusat Penempatan Sementara(PPS) dengan bekalan makanan yang terhad. Suara anak-anak kecil menangis kelaparan kedengaran sentiasa. 

Jadi, inovasi pek qurban ini sangat membantu mereka terutamanya ketika berdepan dengan situasi kecemasan seperti ini.

Keunikan Pek Qurban, QC4U

Kalau kita lihat pada peristiwa banjir tempoh hari, bantuan makanan panas yang disampaikan kepada mangsa terlalu banyak dan akhirnya menjadi rosak akibat tidak dapat bertahan lama.

Tapi berbeza dengan pek qurban QC4U. Mungkin ramai yang tidak tahu tapi sebenarnya pek qurban ini sangat istimewa dan unik. 

Sebabnya, daging qurban yang diproses menjadi pek qurban ini akan melalui kaedah ‘retort’ yang meningkatkan jangka hayat sesuatu makanan.

Jadi, makanan daripada pek ini dapat bertahan selama 2 tahun dan tak perlu risau ia menjadi rosak atau basi.

Dengan adanya pek qurban ini, ia boleh terus dimakan bila-bila masa sahaja. Tak perlu dipanaskan ataupun dimasak.

Kongsi Nikmat Rezeki Melalui Pek Qurban, QC4U

Pek Qurban ini sangat praktikal dan boleh digunakan dalam pelbagai situasi. InshaAllah dengan adanya inovasi pek qurban ini, kita dapat membantu mereka yang memerlukan.

Tidak kira samada mereka yang ditimpa bencana mahupun yang dilanda kemiskinan dan mungkin juga mereka yang berada di barisan hadapan.

Mungkin dengan usaha ini, jika berlaku bencana seperti ini lagi, kita dah tak perlu risau akan masalah bekalan makanan.

Jadi, kami ingin mengajak anda untuk sama-sama berkongsi rezeki disamping dapat mengukir senyuman di wajah mereka yg kurang bernasib baik. 

Let's be part of us in this project

May Allah S.W.T rewards you [with] goodness. Support by sharing this campaign with others:
THE STORY OF US

We exist to create a better world by touching many hearts one at a time.

MyFundAction is a non-profit organization runs by Youth that embraces love and passion through volunteerism and entrepreneurship.

SH-G-26, Pangsapuri Perkhidmatan Knox Wawasan, Jalan Sungai Burung 32/68, Seksyen 32, Bukit Rimau, 40460 Shah Alam, Selangor, Malaysia.
© All Rights Reserved 2021 · MyFundAction · Reg No : PPM-006-14-07052014

Support Pek Sedia Dimakan, Penyelamat Ketika Tragedi Banjir Campaign Now

May Allah S.W.T rewards you [with] goodness.
(PPM-006-14-07052014)