Nak tahu amalan yang mudah tetapi besar ganjaran pahalanya di bulan Ramadan?
Rasulullah SAW bersabda, “Sesiapa yang memberi makan kepada orang yang berpuasa, dia akan mendapat pahala yang sama dengan orang yang berpuasa dalam keadaan pahala orang tersebut tidak berkurangan sedikit pun.”
Sebenarnya banyak sangat fadhilat dalam memberi makan orang yang berpuasa walaupun ianya nampak biasa sahaja.
Jelas Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad al-Bakri
“Apabila seseorang itu memberi makan kepada 36 orang yang berpuasa maka dia akan mendapat ganjaran puasa sebanyak 36 kali,”
Ditambah pula, setiap kebaikan yang kita buat, akan digandakan sebanyak 10 kali.
Keseluruhannya menjadi 360 ganjaran yang bersamaan seperti pahala berpuasa selama setahun. MasyaAllah!
Alhamdulillah, dengan Special Iftar For Ummah(SIFU) yang dianjurkan MyFundAction lebih mudah untuk kita beri makan kepada orang berpuasa.
Kempen ini dijalankan setiap bulan Ramadan dan untuk tahun 2022, lebih 3,000 orang di Sabah Sarawak menerima manfaat daripada kempen ini.
Dan insyaAllah tahun ini, kempen yang sama akan diteruskan di Sabah Sarawak dengan memfokuskan edaran untuk 30,000 orang di lokasi:
Lokasi | Maklumat |
Perkampungan Asnaf |
|
Tahfiz/Madrasah |
|
IPTA / IPTS |
|
Kami perlukan sokongan anda untuk jayakan kempen bersempena Ramadan ini.
Jadi, mari kita hadiahkan juadah iftar istimewa buat ummah dengan hanya serendah RM30 sahaja!
Tak salah berkongsi sedikit kesenangan yang kita ada untuk kegembiraan orang di sana, betul tak?
Semoga usaha kecil kita ini, menjadi asbab untuk kita bertemu dengan Lailatul Qadar dan diterima amalan pada bulan Ramadan.
We exist to create a better world by touching many hearts one at a time. MyFundAction is a non-profit organization runs by Youth that embraces love and passion through volunteerism and entrepreneurship.
SH-G-26, Pangsapuri Perkhidmatan Knox Wawasan, Jalan Sungai Burung 32/68, Seksyen 32, Bukit Rimau, 40460 Shah Alam, Selangor, Malaysia.