Sepanjang 40 tahun sekolah SK Pasir Kubu ini dibina, warga sekolah terpaksa tunaikan ibadah di ruangan kecil kelas mengajar sahaja.
Alhamdulillah, atas kerjasama ramai pihak, sebuah pondok kecil dapat dibina untuk menjadi surau.
Tapi, hanya dapat muatkan 20 orang sahaja. Jumlah anggaran komuniti setempat adalah seramai 200 orang.
Ditambah pula dengan 89 orang pelajar dan 12 guru, mana mungkin dapat memuatkan bilangan yang ramai.
Jadi, MyFundAction telah mengambil inisiatif untuk membina surau yang boleh memuatkan 100 orang untuk kemudahan penduduk Pasir Kubu.
Menurut guru besar, Cikgu Osman, pembinaan surau ini sangat ditunggu-tunggu warga Pasir Kubu. Katanya;
“Sebelum ini, ada seorang nenek bertongkat datang ke sekolah dan berikan saya RM800 untuk pembinaan…”
Tetapi, kos untuk fasa 1 pembinaan surau itu saja sudah menelan kos sebanyak RM60,000.
Tak lama lagi Ramadan. Pasti penduduk Pasir Kubu sudah tak sabar untuk solat di surau baru.
Jadi, kami ingin mengajak para pewakaf semua untuk menjayakan Fasa Pertama projek membina surau Pasir Kubu ini.
Berwakaf bukanlah amalan biasa. Sesungguhnya pada bulan Ramadan, kita dapat raih ganjaran sehingga 700 kali ganda.
Rugi kalau kita lepaskan peluang keemasan yang tiada di bulan-bulan lain.
Ayuh kita berlumba-lumba melakukan kebaikan untuk merebut pahala berganda di bulan mulia kali ini.
We exist to create a better world by touching many hearts one at a time.
MyFundAction is a non-profit organization runs by Youth that embraces love and passion through volunteerism and entrepreneurship.