Tak lama lagi kita akan sambut Hari Raya AidilAdha. Tambah pula, harga daging sekarang dijangka melambung naik.
Bagi mereka yang kurang bernasib baik, mesti susah untuk dapat daging korban kan? tapi tidak lagi sebab pek qurban kan ada!
Bagi siapa yang tak tahu, pek qurban ini adalah satu pek sedia dimakan yang dihasilkan daripada daging hasil korban anda dengan MyFundAction. Menarik kan?
Apa yang anda perlu tahu?
Kalau anda semua nak tahu, tahun ini istimewa sikit, sebab, kami nak hasilkan lebih 200,000 pek qurban.Â
Bagi 1 ekor lembu, kami dapat hasilkan sebanyak 350 pek qurban. Agak banyak kan?
Lagi pula, kos untuk satu pek korban hanya RM 12 sahaja. Murah dan berbaloi pula tu.
Pek tersebut akan diagihkan kepada asnaf, ‘frontliners’, mangsa bencana dan untuk bantuan kecemasan.
Apa istimewanya Pek Qurban?
Rasanya ramai tak tahu keistimewaan pek qurban ini.Â
Pek qurban ini dapat bertahan selama 2 tahun dengan menggunakan kaedah ‘retort’.
Berita gembira untuk semua penerima pek qurban, kini, mereka dah tak perlu risau makanan mereka rosak dan basi.Â
Seperti banjir besar tempoh hari, kita tahu ramai yang terputus bekalan makan. Jadi, pek qurban ini sangat membantu mereka yang terkesan.
Sebagai penutup, mari sama sama hadiahkan pek daging enak kepada mereka yang memerlukan.
Jom cipta momen bermakna sempena Hari Raya Qurban tahun ini.
We exist to create a better world by touching many hearts one at a time.
MyFundAction is a non-profit organization runs by Youth that embraces love and passion through volunteerism and entrepreneurship.