TAHUN LEPAS, Malaysia dikejutkan dengan bencana banjir yang dasyat. Habis beberapa negeri terjejas teruk akibat banjir.
Lagi tak dapat disangka-sangka daerah paling kering iaitu Jelebu di Negeri Sembilan pun boleh dilanda banjir.
Kalau banjir pun dah teruk, harta benda musnah jangan cakaplah, beribu-ribu rugi.
Makanan lagi lah susah nak dapat masa itu. Bekalan makanan terhad. Ada yang dapat makan, ada yang tak.
Lagi kasihan, mangsa banjir yang sangkut di atas bumbung rumah tanpa makanan. Belum dikira kanak-kanak, orang-orang tua dan golongan ibu mengandung lagi.
Jadi, apa boleh kita buat kalau tiba-tiba bencana banjir yang sama berulang? Persediaan kita dah cukup ke?
Inovasi daripada MyFundAction untuk hasilkan pek sedia dimakan daripada daging korban dapat membantu mereka yang terkesan lagi-lagi semasa banjir atau bencana lain.
Bila-bila masa, mangsa bencana boleh makan pek korban ni. Tak perlu dipanaskan pun. Memang sangat bagus untuk mangsa-mangsa bencana seperti banjir.
Jadi, kami ingin mengajak anda untuk sama-sama berkongsi rezeki dengan menaja pek korban.
Seterusnya, boleh kita ukir senyuman pada wajah mereka yang kurang bernasib baik di luar sana.
Mungkin, jika berlaku bencana seperti ini lagi, kita dah tak perlu risau akan masalah bekalan makanan.
We exist to create a better world by touching many hearts one at a time. MyFundAction is a non-profit organization runs by Youth that embraces love and passion through volunteerism and entrepreneurship.
SH-G-26, Pangsapuri Perkhidmatan Knox Wawasan, Jalan Sungai Burung 32/68, Seksyen 32, Bukit Rimau, 40460 Shah Alam, Selangor, Malaysia.
Copyright © MyFundAction (PPM-006-14-07052014). All rights reserved.
Returning Donor? Click here to login