MyFundAction

Ongoing

Hidangan Daging Di Yaman Sempena Aidiladha

Food Security Campaign

Dalam kita sibuk fikir nak bercuti mana masa cuti sekolah ini, tahu tak orang Yaman sekarang tengah fikir nak makan apa untuk Aidiladha nanti.

Cakap pasal Aidiladha, mesti seronok kan. Siapa yang tak seronok, betul tak? 

Orang Yaman pun sama juga sebab masa raya ini lah mereka dapat merasai nikmatnya daging qurban. Kalau hari biasa…entah lah.

Jangankan daging, roti pun mereka payah nak makan . Yang lagi dasyatnya, setiap 10 minit, akan ada seorang kanak-kanak Yaman bawah 5 tahun akan meninggal dunia.

Sanggup ke kita biarkan mereka kelaparan?

Jadi dengan adanya Pek Qurban ini sedikit sebanyak dapat buat mereka kenyang. Mana taknya, pek ini dapat bertahan selama dua tahun dan pasti tak cepat rosak.

“Kalaulah kami dapat sedikit daging korban sekalipun, kami nak simpan mana? Kami tak ada peti ais dan bekalan elektrik di sini pun selalu terputus.” luah penduduk Yaman lagi.

Sekurang-kurangnya mereka ada sedikit bekalan makanan untuk Aidiladha dan hari-hari mendatang.

 Jom Kongsi Rezeki

Sanggup ke kita dengar cerita macam ni? Jadi, apa kita boleh buat untuk bantu mereka? Kita boleh hadiahkan mereka pek qurban ni.

Mereka pun saudara seIslam kita. Walaupun usaha kita tak banyak tapi siapa tahu, mungkin ini kegembiraan yang mereka cari sempena hari raya Aidiladha tahun ini.

Bukan susah nak buat orang lain gembira kan? Jom kongsi rezeki bersama kami.

 

 

Let's be part of us in this project

May Allah S.W.T rewards you [with] goodness. Support by sharing this campaign with others:
THE STORY OF US

We exist to create a better world by touching many hearts one at a time.

MyFundAction is a non-profit organization runs by Youth that embraces love and passion through volunteerism and entrepreneurship.

SH-G-26, Pangsapuri Perkhidmatan Knox Wawasan, Jalan Sungai Burung 32/68, Seksyen 32, Bukit Rimau, 40460 Shah Alam, Selangor, Malaysia.
© All Rights Reserved 2021 · MyFundAction · Reg No : PPM-006-14-07052014

Support Qurban Pack / RTE Campaign Now

May Allah S.W.T rewards you [with] goodness.
(PPM-006-14-07052014)