Bertuah kita semua dapat tinggal di Malaysia kan?
Aman…Tidak bergolak…
Tiada peperangan…
Rakyat dapat hidup selesa…
Tapi di Yaman beza sangat. Perang di sana tak pernah habis sejak 2015 dan makin lama makin teruk.
Rakyat Yaman terpaksa menjadi mangsa untuk semua ini. Dengan harga barang melambung tinggi, berjuta-juta rakyat bukan saja tak mampu nak makan, tapi keperluan yang lain pun susah sangat nak dapat.
Kanak-kanak lagi lah kesian sebab mereka tiada tempat lagi untuk berlindung. Anda tahu tak rumah dan sekolah mereka dibom? Allahuakbar! Mereka diabaikan dan terpaksa menderita kelaparan.
Kami tersentuh selepas dengar luahan seorang penduduk Yaman, “Bayangkan kami kena hadap benda yang sama setiap hari.”
Macam mana lah kalau kita terpaksa hadap situasi genting macam tu di Malaysia. Alhamdulillah sangat bersyukur…
Dengan terjadinya pergolakan di Yaman ni, sebenarnya berapa ramai yang masih mengambil berat pasal mereka?
Jadi kami berhasrat untuk bantu mereka dengan mengedarkan bekalan roti untuk keluarga-keluarga di Yaman.
Setiap keluarga yang terjejas dengan peperangan akan dapat bekalan 35 keping roti sehari. Walaupun hanya roti tapi sekurang-kurangnya perut mereka terisi.
Mungkin apa yang kita bagi itu, kita rasa kecil tapi sebenarnya impaknya sangat besar di mata mereka.
Islam memandang baik terhadap orang yang mengutamakan urusan dunia dan urusan akhirat.
Jadi, kami nak ajak anda bersama-sama kami meringankan beban penduduk Yaman yang ditimpa kesusahan.
Kita ada pilihan untuk suka roti atau tidak. Tapi, mereka ada pilihan ke?
We exist to create a better world by touching many hearts one at a time.
MyFundAction is a non-profit organization runs by Youth that embraces love and passion through volunteerism and entrepreneurship.