Miskin bandar kian terhimpit dengan kenaikan harga barang

Kalau hari ini kita ke pasaraya untuk beli barang keperluan, RM 100 belum tentu cukup untuk penuhkan satu troli. Manakan tidak perbelanjaan harian sudah meningkat lebih satu kali ganda!

Baru-baru ini, harga sekilo ayam mencecah RM9 sekilo, harga beras 10kg yang sebelumnya sekitar RM25 kini berharga hampir RM40. Bagaimana mereka sambut perayaan yang bakal menjelang ini? 

Justeru, kami di MyFundAction mengambil inisiatif melancarkan Projek Rezeki Ummat, RU untuk membekalkan makanan asas kepada golongan berpendapatan rendah. Kami sentiasa konsisten menyampaikan manfaat buat rakyat Malaysia yang terbeban dengan kos perbelanjaan harian yang semakin melambung tinggi.

Tahun ini, kita menyasarkan lebih 54,000 kotak barang keperluan asas Rezeki Ummat ini dapat diagihkan dalam ratusan misi kemanusiaan yang akan dijalankan.

Mungkin apa kita usahakan bersama ini tidak dapat mengeluarkan mereka daripada kemiskinan. 

Mudah-mudahan daripada edaran itu nanti, ribuan keluarga dapat bekalan makanan  mencukupi tanpa perlu mencatu makanan lagi.


Mudah-mudahan, apa yang kita kongsikan ini, menjadi salah satu daripada amal-amal yang diterima Tuhan. 


Jom Jiwa baik, hadiahkan kebahagiaan buat keluarga yang memerlukan.

“Tangan yang di atas lebih baik dari pada tangan yang di bawah, maka mulailah untuk orang-orang yang menjadi tanggunganmu dan sedekah yang paling baik adalah dari orang yang sudah cukup (untuk keperluan dirinya). Maka barangsiapa yang berusaha memelihara dirinya, Allah akan memeliharanya dan barangsiapa yang berusaha mencukupkan dirinya maka Allah akan mencukupkannya”.

(HR Bukhari No: 1338)

 

Let's be part of us in this project

May Allah S.W.T rewards you [with] goodness. Support by sharing this campaign with others:
THE STORY OF US

We exist to create a better world by touching many hearts one at a time.

MyFundAction is a non-profit organization runs by Youth that embraces love and passion through volunteerism and entrepreneurship.

SH-G-26, Pangsapuri Perkhidmatan Knox Wawasan, Jalan Sungai Burung 32/68, Seksyen 32, Bukit Rimau, 40460 Shah Alam, Selangor, Malaysia.
© All Rights Reserved 2021 · MyFundAction · Reg No : PPM-006-14-07052014

Support Rezeki Ummat Campaign Now

May Allah S.W.T rewards you [with] goodness.
(PPM-006-14-07052014)