Ongoing

Ongoing

Rezeki Ummat

Economic Empowerment Campaign

 

Miskin bandar kian terhimpit dengan kenaikan harga barang

Kalau hari ini kita ke pasaraya untuk beli barang keperluan, RM 100 belum tentu cukup untuk penuhkan satu troli. Manakan tidak perbelanjaan harian sudah meningkat lebih satu kali ganda!

Baru-baru ini, harga sekilo ayam mencecah RM9 sekilo, harga beras 10kg yang sebelumnya sekitar RM25 kini berharga hampir RM40. 

Justeru, kami di MyFundAction mengambil inisiatif melancarkan Projek Rezeki Ummat, RU untuk membekalkan makanan asas kepada golongan berpendapatan rendah. Kami sentiasa komited menyampaikan manfaat buat rakyat Malaysia yang terbeban dengan kos perbelanjaan harian yang semakin melambung tinggi.

Sejak 2021 hingga tahun lepas, sebanyak 148,325 kotak Rezeki Ummat telah berjaya diagihkan. Oleh itu, misi edaran tetap diteruskan bagi tahun 2024 yang menyasarkan lebih 42,000 kotak barang keperluan asas Rezeki Ummat ini dapat diagihkan dalam ratusan misi kemanusiaan yang akan dijalankan. Buat masa ini, lebih 10,032 kotak telah diagihkan kepada mereka yang memerlukan.


Mungkin apa kita usahakan bersama ini tidak dapat mengeluarkan mereka daripada kemiskinan. 

Sekurang-kurangnya, ribuan keluarga dapat bekalan makanan  mencukupi tanpa perlu mencatu makanan lagi.


Mudah-mudahan, apa yang kita kongsikan ini, menjadi salah satu daripada amal-amal yang diterima Tuhan. 


Jom Jiwa baik, hadiahkan kebahagiaan buat keluarga yang memerlukan.

“Tangan yang di atas lebih baik dari pada tangan yang di bawah, maka mulailah untuk orang-orang yang menjadi tanggunganmu dan sedekah yang paling baik adalah dari orang yang sudah cukup (untuk keperluan dirinya)…”

(HR Bukhari No: 1338)

Let's be part of us in this project

May Allah S.W.T rewards you [with] goodness. Support by sharing this campaign with others:
THE STORY OF US

We exist to create a better world by touching many hearts one at a time.

MyFundAction is a non-profit organization runs by Youth that embraces love and passion through volunteerism and entrepreneurship.

SH-G-26, Pangsapuri Perkhidmatan Knox Wawasan, Jalan Sungai Burung 32/68, Seksyen 32, Bukit Rimau, 40460 Shah Alam, Selangor, Malaysia.
© All Rights Reserved 2021 · MyFundAction · Reg No : PPM-006-14-07052014

Support Rezeki Ummat Campaign Now

May Allah S.W.T rewards you [with] goodness.
(PPM-006-14-07052014)