Tiada siapa menyangka di sebalik wajah tenang, terselit pelbagai kisah duka dan sengsara ditanggung Erni Idzawaty, 43, yang membesarkan 2 anak berusia 15 hingga 13 tahun.
Lebih memeritkan, Erni tidak bekerja kerana menjaga arwah suami yang sakit kencing manis kronik. Sekarang, dia pula mengalami sakit jantung yang membuatkan dia rasa sesak nafas dan batuk berterusan.
“Orang sekeliling yang tak rasa sakit saya ni, mereka anggap saya seperti buat-buat sakit. Kalaulah mereka berada di tempat saya, mereka takkan macam tu.”
Setiap tahun diserang sakit jantung!
Erni kongsikan, dia ada ke Institut Jantung Negara, IJN dan doktor mengesahkan dia mengatakan 2 injap jantungnya rosak…
Dan dia sudah pun menjalani pembedahan pada tahun 2010 dahulu. Tapi, penyakit itu datang semula dan injap yang dibedah dulu ada masalah balik.
“Allah takkan uji umat dia kalau dia tak kuat kan?”
Erni kuat demi anak-anak. Kadang-kadang terfikir tak nak susahkan anak.
Sampaikan pernah sekali kejadian, Erni masuk ICU selama 4 hari tapi anak-anak tak dapat berhubung dengannya dan tak tahu keberadaan Erni.
Kos pembedahan dan rawatan Erni memakan belanja sehingga RM33,000!
Dengan keadaan Erni yang tak bekerja dan sakit, anak-anak masih bersekolah, dari mana dia nak dapatkan duit yang banyak macam tu?
Kita semua ni manusia yang lemah. Tapi, di saat kita saling menolong, kita boleh jadi saling menguatkan.
Jom warga jiwa baik!
Kita bantu kurangkan beban yang Erni tanggung boleh?
We exist to create a better world by touching many hearts one at a time.
MyFundAction is a non-profit organization runs by Youth that embraces love and passion through volunteerism and entrepreneurship.