MyFundAction

Jayakan misi ‘For A Better Syria bersama MyFundAction

 

 

Roti adalah makanan ruji buat pelarian Syria. Namun begitu, bukanlah mudah untuk mereka mendapatkan bekalan roti ini atas asbab terputusnya bekalan makanan.

Jumlah pengeluaran roti juga tidak mencukupi buat pelarian Syria yang semakin bertambah. Sabda Rasulullah SAW,

“Barangsiapa yang memberi makan kepada seorang mukmin, sehingga dia berasa kenyang daripada lapar, maka Allah akan memasukkannya ke dalam salah satu pintu syurga yang tidak dimasuki orang lain” (Riwayat at-Tabrani)

 

 

Roti Untuk Syria ini adalah inisiatif untuk kita membekalkan makanan percuma secara berpanjangan kepada mereka di Syria terutamanya ketika berlakunya pergolakan seperti sekarang. Realiti yang terjadi kepada mereka sehinggakan mereka terpaksa mengeringkan roti yang berbaki berkali-kali supaya dapat dimakan semula pada keesokan harinya. 

Jadi, melalui kempen ini setiap keluarga terdiri daripada sepasang ibu bapa dan tiga orang anak akan dibekalkan roti setiap hari. Mereka tidak lagi perlu risau akan terputusnya bekalan makanan.

 

 

Mari kita sama-sama berusaha untuk memastikan mereka tidak kelaparan esok hari dan hari mendatang. Semoga dengan jihad kecil ini mampu meringankan penderitaan yang mereka hadapi selama ini.

Tuan/Puan boleh pilih pakej seperti yang berikut:

RM 150 – 1 keluarga
RM 450 – 3 keluarga
RM 750 – 5 keluarga
Custom amount

#RotiUntukSyria #ForABetterSyria #MyFundAction #Syria #FoodSecurity

May Allah S.W.T rewards you [with] goodness. Support by sharing this campaign with others:
THE STORY OF US

We exist to create a better world by touching many hearts one at a time.

MyFundAction is a non-profit organization runs by Youth that embraces love and passion through volunteerism and entrepreneurship.

SH-G-26, Pangsapuri Perkhidmatan Knox Wawasan, Jalan Sungai Burung 32/68, Seksyen 32, Bukit Rimau, 40460 Shah Alam, Selangor, Malaysia.
© All Rights Reserved 2021 · MyFundAction · Reg No : PPM-006-14-07052014

Support Kilang Roti Syria Campaign Now

May Allah S.W.T rewards you [with] goodness.
(PPM-006-14-07052014)