Ongoing

Tabung Kanser: Adik Amsyar Berjuang Melawan Kanser Saraf

Health Accessibility Campaign

Ibu Hanya Mampu Mengharapkan Keajaiban Anaknya Pulih

ADIK AMSYAR DIUJI DENGAN KANSER SARAF

Apabila menyebut tentang kanser, pasti akan menggerunkan mana-mana individu akan statusnya sebagai penyakit pembunuh ketiga tertinggi di Malaysia apatah lagi jika penyakit itu berlaku kepada diri sendiri. 

Bayangkan seorang kanak-kanak yang tidak tahu apa-apa terpaksa berjuang dengan penyakit tersebut. Tetapi apakan daya, itulah hakikat yang berlaku kepada adik Amsyar yang berumur 5 tahun terpaksa mengorbankan masa kecilnya demi berjuang melawan kanser.

Pada awalnya, Amsyar tidak mengalami sebarang masalah kesihatan tetapi apabila umurnya mencecah 3 tahun, kakinya terseliuh ketika bermain dan ibu bapanya meminta bantuan tukang urut untuk mengurut kakinya. Tukang urut tersebut merasakan ada benda keras di perutnya dan selepas dibawa ke klinik swasta untuk pemeriksaan, doktor mengesahkan yang Amsyar menghidap kanser saraf ‘Neuroblastoma’.

Bagai kaca terhempas ke batu. Itulah perumpamaan yang sesuai menggambarkan perasaan ibu bapa Amsyar lebih-lebih lagi ibunya apabila mendapat tahu perkara ini berlaku kepada anak sulung mereka yang masih kecil.

“Saya sedih sangat bila dapat tahu dia menghidap kanser, tapi apa boleh saya buat selain berdoa kepada Allah untuk dia sembuh.”luah ibunya.

MEMORI KANAK-KANAK AMSYAR MUSNAH DEK KANSER

Amsyar terpaksa menjalani rawatan kemoterapi pertama selama 4 bulan bagi membunuh sel kanser yang semakin merebak dan ditambah juga dengan pemindahan tulang sum-sum serta pembedahan untuk mengeluarkan ketulan dari abdomennya. 

Jika kita yang dewasa sendiri pun tidak mampu untuk melalui rawatan-rawatan tersebut, apatah lagi seorang kanak-kanak berumur 5 tahun. Masa kecilnya sepatutnya diisi dengan bermain bersama kawan-kawannya tetapi dia terpaksa berjuang melawan penyakit pembunuh tersebut dan mengorbankan masa kecilnya.

Kini, adik Amsyar bergantung harap kepada ubat Qarziba untuk terus merawat penyakit kanser itu yang harga bagi satu botol kecil sahaja sudah mencecah RM49,000. Alhamdulillah, satu botol telah diperoleh hasil daripada bantuan zakat dan mereka masih memerlukan lagi 7 botol. 

Hanya dengan satu botol sahaja sudah RM49,000, bagaimana pula dengan 7 botol?

Nilai yang sebesar itu sudah pasti akan menjadi satu beban yang tidak mampu ditanggung oleh ibu bapa Amsyar. Ibunya terpaksa mengambil cuti tanpa gaji demi menjaganya dan ayahnya pula hanya bekerja sebagai jurujual syarikat dengan gaji sebanyak RM1,800 sahaja. 

JOM KONGSI REZEKI

Oleh itu, bersempena dengan bulan Ramadan ini, ayuh kita bersama-sama meringankan beban yang ditanggung oleh mereka.

Mungkin dengan sokongan yang anda berikan ini, sedikit sebanyak akan membawa sinar harapan baru buat Amsyar sekeluarga dan menaikkan semangatnya untuk terus berjuang melawan penyakit saraf tersebut.

Bantu ukir senyuman pada wajah si cilik ini dengan sebahagian daripada rezeki yang anda kongsi bersama mereka agar dia dapat membesar seperti kanak-kanak normal yang lain.

Kirimkan hadiah di bulan Ramadan yang mulia buat keluarga ini dengan rezeki yang anda kongsikan

TABUNG MYHEART RM500
TABUNG MYHEART RM200
TABUNG MYHEART RM100
TABUNG MYHEART RM50
TABUNG MYHEART RM30

 

Untuk bantuan secara manual/transfer/CDM boleh bank in ke akaun di bawah.

Bank : Maybank

Nama : Pertubuhan Kesihatan Jantung Malaysia (MyHeart)

No akaun : 562142423145

Reference : Amsyar

Let's be part of us in this project

May Allah S.W.T rewards you [with] goodness. Support by sharing this campaign with others:
THE STORY OF US

We exist to create a better world by touching many hearts one at a time.

MyFundAction is a non-profit organization runs by Youth that embraces love and passion through volunteerism and entrepreneurship.

SH-G-26, Pangsapuri Perkhidmatan Knox Wawasan, Jalan Sungai Burung 32/68, Seksyen 32, Bukit Rimau, 40460 Shah Alam, Selangor, Malaysia.
© All Rights Reserved 2021 · MyFundAction · Reg No : PPM-006-14-07052014

Support Kanser Campaign Now

May Allah S.W.T rewards you [with] goodness.
(PPM-006-14-07052014)