Ongoing

Ongoing

Health Accessibility Campaign

Lagi lambat rawat kanser, lagi berisiko untuk kehilangan nyawa!

Lihat wajah sayu Cikgu Laila, teringat wajah ibu kita sendiri kan? Lembut saja rautnya.

Bila kami mendengar kisah Cikgu Laila, tersentuh hati kami. Mana tidaknya, perkataan sakit asyik keluar daripada mulutnya.

Cikgu Laila sebenarnya menghidap penyakit kanser payudara tahap 3! Cikgu Laila cerita, mula-mula dia mengalami demam biasa saja.

Kemudian, diikuti dengan rasa bengkak di bahagian payudara dan ada keluar nanah.

“Mula-mula cikgu rahsiakan pasal ni sebab tak nak suami dan anak-anak risau.

Tapi bila keadaan dah teruk sangat, doktor sarankan untuk buat pemeriksaan ECG untuk tengok sakit apa sebenarnya yang cikgu alami ni.”

Sebaik saja keputusan keluar, kanser yang Cikgu Laila alami sudah berada di tahap 3.

Menurut penceritaan daripada anak Cikgu Laila, pembedahan untuk membuang payudara ibunya tidak dapat dijalankan kerana luka yang dialami terlalu besar!

Ibunya juga meghidap penyakit kencing manis yang menyebabkan luka di payudara sukar untuk baik.

Waktu kami datang ziarah pun, keadaan Cikgu Laila lemah sangat.

Katanya, dia tak ada selera makan yang menyebabkan dia mengalami darah rendah.

Jom warga jiwa baik!

Kita berikan sokongan kepada Cikgu Laila untuk jalani rawatan kemoterapinya. Banyak dah jasa Cikgu Laila pada generasi anak muda kita.

Sekarang, giliran kita pula nak membalas setiap kebaikan yang Cikgu Laila dah tabur untuk membina anak bangsa.

Moga-moga dengan usaha kecil kita ni, mampu bangkitkan semangat Cikgu Laila untuk terus mengajar dan memberi inspirasi.

TABUNG MYHEART RM30
TABUNG MYHEART RM50
TABUNG MYHEART RM100
TABUNG MYHEART RM250
TABUNG MYHEART RM500

 

Anda juga boleh salurkan sokongan anda melalui:

Nama Akaun: PERTUBUHAN KESIHATAN JANTUNG MALAYSIA (MYHEART)
Bank: MAYBANK
No. Akaun: 562142423145
Rujukan: CIKGU LAILA

Let's be part of us in this project

May Allah S.W.T rewards you [with] goodness. Support by sharing this campaign with others:
THE STORY OF US

We exist to create a better world by touching many hearts one at a time.

MyFundAction is a non-profit organization runs by Youth that embraces love and passion through volunteerism and entrepreneurship.

SH-G-26, Pangsapuri Perkhidmatan Knox Wawasan, Jalan Sungai Burung 32/68, Seksyen 32, Bukit Rimau, 40460 Shah Alam, Selangor, Malaysia.
© All Rights Reserved 2021 · MyFundAction · Reg No : PPM-006-14-07052014

Support Kanser Campaign Now

May Allah S.W.T rewards you [with] goodness.
(PPM-006-14-07052014)