Ongoing

Tabung Kanser: Derita Disebalik Wajah Ceria Darish

Health Accessibility Campaign

Kanak-Kanak Istimewa Diuji Dengan Kanser Darah, Bantu Darish Pulih

Suami Isteri Sebak Melihat Keadaan Anak Mereka Yang Sakit Leukimia 

Cubit paha kanan, paha kiri juga terasa. Begitulah apa yang dirasakan oleh pasangan suami isteri, Encik Anas Ausinsauban dan Puan Nor Adilah apabila anak mereka Darish Mikhail, seorang kanak-kanak yang lahir tidak cukup bulan diuji dengan kanser leukimia dan mengalami ‘down syndrome’. 

Detik 6 Jun tahun 2021 menandakan bermulanya derita Darish Mikhail apabila dia dimasukkan ke wad Hospital Kuala Lipis akibat alahan dan kulitnya yang kemerahan.  Darish kemudiannya ditahan selama tiga hari selepas terdapat darah pada najisnya. 

Berikutan ini, doktor terpaksa melakukan ujian darah dan tiada siapa menyangka, rupanya Darish menghidap kanser leukimia. 

Derita leukimia melanda Darish sekeluarga

Ujian Darish sekeluarga bertambah apabila leukimia yang dialaminya itu adalah daripada jenis akut atau ‘Acute Myeloid Leukemia’(AML). Darish terpaksa menjalankan rawatan kemoterapi sebanyak dua kali setelah dua bulan disahkan menghidap penyakit tersebut. 

Bayangkan, kita sendiri tidak sanggup untuk menanggung kesakitan, apatah lagi seorang kanak-kanak yang tidak tahu apa-apa. 

“Hati ibu mana yang sanggup lihat anaknya muntah-muntah, tak bermaya dan mulut berdarah sebab ulser.” ujar Puan Nor Adilah. 

Walaupun Darish telah menjalani rawatan kemoterapi sebanyak dua kali namun, keadaan kanser yang dialaminya tidak berkurang malah makin bertambah daripada 42% kepada 68%.

Disebabkan itu,+ doktor menyarankan Darish untuk memakan ubat jenis ‘Tab Venclyxta’ di rumah bagi merawat penyakit ‘Acute Myeloid Leukemia’ yang dialaminya. Walaupun Darish diuji dengan sebegitu rupa sekali, tetapi dia tetap seorang kanak-kanak yang aktif.

Sayangnya, perkembangan awalnya sedikit terbantut. Darish langsung tidak boleh berjalan, hanya mampu untuk meniti sahaja. Malah, Darish juga tidak boleh bercakap dan hanya merengek jika menginginkan sesuatu. 

 

Jom Kongsi Rezeki!

Ibarat sudah jatuh ditimpa tangga, sebanyak RM 4,800 diperlukan Darish sekeluarga bagi menampung kos rawatannya selama 6 bulan. Tambahan pula, bapanya, Encik Anas hanya bekerja di ladang kelapa sawit dengan pendapatan RM 1,500. 

“Saya ada 4 orang anak, 3 masih bersekolah dan perbelanjaan bulanan saja dah RM 1,000. Dengan gaji saya yang hanya RM 1,500, saya rasa sangat terbeban.” luah Encik Anas, bapa kepada Darish Mikhail.

Ayuh berikan peluang dan nafas baharu buat Darish sekeluarga serta  mereka yang memerlukan di luar sana dengan berkongsi sebahagian daripada nikmat rezeki anda!

TABUNG MYHEART RM500

TABUNG MYHEART RM200

TABUNG MYHEART RM100

TABUNG MYHEART RM50

TABUNG MYHEART RM30

Let's be part of us in this project

May Allah S.W.T rewards you [with] goodness. Support by sharing this campaign with others:
THE STORY OF US

We exist to create a better world by touching many hearts one at a time.

MyFundAction is a non-profit organization runs by Youth that embraces love and passion through volunteerism and entrepreneurship.

SH-G-26, Pangsapuri Perkhidmatan Knox Wawasan, Jalan Sungai Burung 32/68, Seksyen 32, Bukit Rimau, 40460 Shah Alam, Selangor, Malaysia.
© All Rights Reserved 2021 · MyFundAction · Reg No : PPM-006-14-07052014

Support Kanser Campaign Now

May Allah S.W.T rewards you [with] goodness.
(PPM-006-14-07052014)